Hentikan Permainan Politik, Rakyat Dan Negara Perlu Diselamatkan Segera – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa rakyat dan negara perlu diselamatkan segera. Kerana itu katanya, permainan politik perlu dihentikan secepat mungkin. “Rakyat sudah tidak tertanggung lagi. Negara sedang berdepan kegagalan maha dasyat. Kes harian jangkitan COVID-19 semalam telah pun mencecah hampir 10,000 kes, tetapi yang di puncak kuasa seolah-olah terus bermain […]

» Read more

Isu Pencerobohan Tanah Raub: Tindakan Tepat Angkat ‘Rule of Law’ – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong sepenuhnya ketegasan tindakan Kerajaan Negeri Pahang, khususnya Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di dalam isu pencerobohan tanah Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub Pahang. Kata ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tindakan ini menjadi manifestasi kesungguhan komitmen Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh UMNO-Barisan Nasional (BN) mengangkat […]

» Read more

Keputusan Parti Perlu Dipatuhi Semua Pemimpin Dan Ahli – Ahmad Nazlan

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Ahli Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris berpandangan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan pendirian Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang perlulah dipatuhi oleh setiap pemimpin serta ahli parti. Begitu juga ujarnya sebagai Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah tidak terkecuali dan akan akur kepada keputusan parti. “Saya selaku Ahli Parlimen Jerantut (BN/UMNO) berpendirian […]

» Read more

Ahli Parlimen BN/UMNO Cameron Highlands Pegang Teguh Keputusan Parti

CAMERON HIGHLANDS, 10 Julai – Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Datuk Mohd Nor berpendirian dan mengambil ketetapan selaras dengan keputusan yang diambil oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang dan juga Ketua Bahagian UMNO Cameron Highlands. Dalam satu kenyataan, ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN)/UMNO itu berkata ia adalah selari […]

» Read more

COVID-19: Rekod Baharu Tertinggi Dengan 9,180 Kes Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Malaysia mencatatkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi hari ini apabila merekodkan 9,180 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 817,838. Kes harian baharu tertinggi pernah direkodkan sebelum ini ialah 9,020 pada 29 Mei lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya berkata Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan 4,400 kes, […]

» Read more

Malaysia Catat Rekod Kematian Tertinggi 135 Kes, 8,868 Kes Baharu

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Malaysia mencatatkan kematian harian tertinggi hari ini sejak penularan COVID-19 di negara ini dengan 135 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 5,903 kes atau 0.73 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Beliau berkata kes kematian itu […]

» Read more

Insentif Kepada Pelajar Cemerlang

KUANTAN, 7 JULAI 2021: Kerajaan Negeri hari ini menyampaikan sumbangan insentif sebanyak RM1,000 kepada 54 orang pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020. Sumbangan berkenaan disampaikan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kepada Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Tuan Mohammad Rosli Abdul Rahman berikutan kawasan ini berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan […]

» Read more

Pemberian Vaksin Di Perlis Wajar Dipertingkat Untuk Beralih Ke Fasa Tiga PPN

BERA,6 Julai – Proses pemberian vaksin COVID-19 di Perlis wajar dipertingkat bagi membolehkan negeri itu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan lebih cepat, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Perlis, yang kini dalam Fasa Dua PPN, mampu mencapai kadar vaksinasi yang ditetapkan untuk beralih ke fasa seterusnya berdasarkan keluasan dan bilangan […]

» Read more

Operasi Penguatkuasaan Kebun Durian Di Hutan Simpan Ikut Undang-Undang – MB

KUANTAN, 6 Julai – Operasi penguatkuasaan di kebun durian Musang King yang didakwa berlaku dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub dilakukan mengikut peruntukan undang-undang, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata operasi itu telah mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang Pahang selain telah dipastikan tidak melibatkan kawasan kebun yang menjadi subjek […]

» Read more

Pulau Pinang Beralih Ke Fasa Dua PPN Rabu Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Kerajaan bersetuju untuk Pulau Pinang beralih ke Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Rabu ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri di […]

» Read more
1 171 172 173 174 175 280