Jangan Rentas Negeri Sambut Aidiladha – TPM

KUANTAN, 16 Julai – Orang ramai diingatkan supaya tidak merentas daerah dan negeri untuk menyambut Aidiladha minggu depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pertambahan kes dan kluster akibat rentas negeri ketika menyambut Aidilfitri pada Mei lepas perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak. “Rentas daerah dan negeri dalam Fasa Satu dan Dua Pelan Pemulihan Negara […]

» Read more

COVID: 13,215 Kes Baharu Hari Ini, Angka Tertinggi Setakat Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Kes harian COVID-19 di Malaysia terus meningkat dengan sejumlah 13,215 kes dilaporkan hari ini, angka harian tertinggi dicatat sejak pandemik itu melanda negara. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan mendadak itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 880,782. Selangor masih menjadi negeri paling tinggi mencatatkan jangkitan iaitu dengan 6,120 kes, […]

» Read more

Seluruh Negara Dijangka Mampu Beralih Ke Fasa Dua PPN Awal Ogos

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Seluruh negara dijangka mampu beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada awal Ogos, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang kini memberi petunjuk bahawa kadar individu yang lengkap dua dos vaksin telah melepasi nilai ambang 10 peratus yang ditetapkan […]

» Read more

11,618 Kes Baharu Hari Ini, Tertinggi Sejak Pandemik Melanda Negara – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Angka kes baharu COVID-19 hari ini mencatatkan sebanyak 11,618 kes, iaitu rekod harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 867,567, manakala tiga negeri mencatatkan kes baharu empat digit hari ini ialah Selangor 5,051 […]

» Read more

PPN: 67 Premis Termasuk Kilang Ingkar SOP Diarah Tutup Semalam

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Sebanyak 67 lagi premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan, diarah tutup semalam kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang COVID-19. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 2,285 buah kilang; 16,822 premis perniagaan; 1,015 tapak pembinaan dan 456 buah asrama […]

» Read more

COVID: 11,079 Kes Baharu, Tertinggi Pernah Dicatatkan

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Kes baharu harian COVID-19 mencatatkan 11,079 kes, yang tertinggi dicatatkan sejak Malaysia dilanda wabak itu. Sebelum ini, catatan tertinggi kes baharu harian COVID-19 yang direkodkan adalah 9,353 kes pada 10 Julai lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 5,263 kes […]

» Read more

COVID: Kadar Kebolehjangkitan 1.15 Setakat Semalam, Putrajaya Tertinggi

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 dalam negara setakat semalam adalah 1.15, dengan Putrajaya mencatat nilai Rt tertinggi pada 1.31. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Selangor dengan nilai Rt (1.18), Kuala Lumpur dan Kedah masing-masing (1.17), Pahang (1.14) serta Sabah, […]

» Read more

Sarawak Beralih Ke Fasa Dua PPN Mulai Rabu Ini – TPM

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Sarawak merupakan negeri terbaharu yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Rabu ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti nilai-nilai ambang negeri tersebut. “Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sarawak daripada Fasa 1 ke Fasa 2 […]

» Read more

Syabas… Tindakan Tegas, Tepat Ke Atas Penceroboh Tanah Di Raub – Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia ucapkan syabas dan menyokong penuh tindakan tegas Kerajaan Negeri Pahang umumnya, khususnya Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam menangani isu pencerobohan tanah Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub Pahang. Kata ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan, tindakan berani individu mahupun kumpulan penceroboh ini dipercayaai apabila mereka punya sokongan pihak […]

» Read more

Tujuh Lokaliti Di Sabah, Satu Di Kelantan Dikenakan PKPD – TPM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Tujuh lokaliti di Sabah dan satu di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Selasa ini sehingga 26 Julai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Klias di Beaufort; Kampung Tebongon (Putatan); Borneo Timber (Tongod) serta Jalan Pasir, Likas, Kampung Kuala […]

» Read more
1 170 171 172 173 174 280