Himpunan Perpaduan Ummah Bakal Himpunkan 20,000 Muslim

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, himpunan perpaduan ummah yang akan diadakan pada 17 Nov ini bukanlah bersifat perkauman tetapi ia adalah satu himpunan yang bakal menghimpunan ummat muslim tanpa mengira bangsa asalkan beragama Islam. Jelas beliau, tujuan himpunan ini adalah bagi mempertahankan hak-hak agama Islam yang kini sedang diperkotak-katikkan. “Himpunan […]

» Read more

ICERD Terus Dibantah, Himpunan Secara Aman Dibuat

JOHOR BAHRU, 16 Nov. – Komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) terus dibantah dengan satu perhimpunan secara aman diadakan di sini, hari ini. Lebih 1,000 aktivis, ahli politik dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di pekarangan Masjid Jamek Al-Jawahir, Mutiara Rini bagi sebagai membantah retifikasi ICERD. Antara pemimpin politik […]

» Read more

Zaman Kini Perlukan Pemimpin Berani Dan Berpandangan Jauh – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah menegaskan peri pentingnya mempunyai kepimpinan yang berani dan berpandangan jauh, yang sangat-sangat diperlukan terutama pada masa kini. Sifat atau ciri-ciri kepimpinan ini amat penting dalam menghadapi cabaran yang kian bertambah dan untuk mengambil kesempatan sepenuhnya daripada peluang-peluang yang juga semakin bertambah di seluruh dunia. “Setiap hari baru, […]

» Read more

Bajet 2019 Inisiatif Kepada Agenda Dap, Tidak Sasar Golongan Luar Bandar

RANTAU, 6 Nov – Bajet 2019 yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Jumaat lalu ialah terjemahan kepada agenda Dap kerana ia tidak mengambil kira golongan sasaran di luar bandar, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, biarpun bajet tersebut mempunyai kumpulan sasaran isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) tetapi tidak mensasarkan kepada mereka di luar […]

» Read more

Maka Berakhirlah Sandiwara Tabung Harapan Untuk Bayar Hutang Negara

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Cukup-cukuplah bersandiwara dengan menuding jari kepada kerajaan lalu, kerana rakyat mahu melihat perancangan ke hadapan yang boleh merangsang ekonomi sekaligus mengurangkan beban rakyat yang semakin terhimpit dek kerana perpolitikan melampau sehingga menjejaskan ekonomi negara keseluruhannya. Demikian kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki yang mengulas berkaitan pengisytiharan secara rasmi Tabung Harapan untuk […]

» Read more

Shamsul Anuar Lahirkan Kebimbangan Hala Tuju Pendidikan Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyatakan kekhuatiran dan kerisauannya terhadap hala tuju terkini dasar pendidikan negara yang dilihat tidak menumpukan kepada perkara-perkara sewajarnya khususnya dalam usaha meningkatkan persaingan secara global. Perkara berkenaan disentuh oleh beliau ketika membahaskan Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), pada Khamis yang menggesa agar pihak kerajaan melaksanakan […]

» Read more

Sultan Sallehuddin Selamat Ditabal Sultan Kedah Ke-29

ALOR SETAR, 22 Okt – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini selamat ditabal sebagai Sultan Kedah Ke-29 dalam satu istiadat pertabalan yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Anak Bukit di sini. Sebaik selesai ditabalkan, baginda Sultan kini bergelar Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Istiadat Pertabalan baginda itu juga berlangsung dalam suasana penuh […]

» Read more

Rakyat Dan Negara Adalah Amanah Untuk Pemimpin – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah mengingatkan pemimpin negara bahawa negara ini dan rakyat adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, justeru harus dijaga dengan pemerintahan yang benar dan adil. Titah baginda mereka perlu melaksanakan tanggungjawab itu dengan jujur dan berintegriti seiring dengan janji yang diberikan kerajaan yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-14 […]

» Read more

Zuraida Dapat Ucapan ‘Tahniah’, Berani Teruskan Inisiatif Kerajaan Dahulu Tanpa Batal Atau Tangguh

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin hari ini mendapat ‘pujian’ daripada Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohd Sadique kerana meneruskan usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini. Menurut beliau menteri-menteri lain seharusnya menjadikan contoh apa yang dilakukan oleh Menteri KPKT berkenaan dan bukannya mengambil sikap sebaliknya seperti membatalkan atau menangguhkan inisiatif […]

» Read more

Pemutihan Parti Perlu Dilakukan Segera Agar Tiada Lagi Duri Dalam Daging… Api Dalam Sekam – Perwakilan Puteri

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Wakil pembahas negeri Perak, Nordiana Suhaileen Mohd Azmi mencadangkan agar pemutihan ahli UMNO dilakukan dengan kadar segera agar tiada lagi ‘duri dalam daging’, ‘api dalam sekam’ seperti yang telah berlaku sejak kebelakangan ini. Jelas beliau, UMNO tidak boleh lagi mengharapkan rekod tiga juta ahli yang ada sekarang ini kerana ianya sudah pasti berubah dengan senario […]

» Read more
1 171 172 173 174 175