BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands

LIPIS, 14 Dis – Barisan Nasional (BN) Pahang sudah memulakan gerak kerja awalan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Cameron Highlands, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata tindakan itu bermula selepas dimaklumkan bahawa calon BN Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Datuk C.Sivarraajh tidak akan mengemukakan rayuan kepada keputusan Mahkamah […]

» Read more

Isytihar Hibah 2014 – 2017 Tidak Langgar Akta Tabung Haji 1995

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mempersoalkan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa kononnya pengurusan terdahulu telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dengan tidak mengikut Akta Tabung Haji 1995. Menurut beliau pengurusan TH terdahulu tidak melanggar akta berkenaan dan tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti […]

» Read more

Isu Tabung Haji : Kerajaan Dicadang Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja – Mohamad

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan berhubung isu Tabung Haji dalam usaha mencari kebenaran sebenar selain membolehkan semua pihak mengetahui dengan lebih jelas dan terperinci tentang perkara berkenaan. Menurut beliau laporan oleh firma perakaunan dan audit PricewaterhouseCoopers (PwC) berkaitan kedudukan dan amalan kewangan Tabung Haji yang […]

» Read more

Siasat Segera Dakwaan Tabung Haji Bayar Dividen Haram – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berharap isu Tabung Haji (TH) tidak dijadikan alasan untuk menutup kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang selama ini masih gagal menstabilkan pasaran saham dan modal negara sehingga institusi berkenaan tidak mampu lagi memberikan dividen yang setara atau lebih baik kepada pendeposit, berbanding tahun-tahun sebelumnya. Menerusi kenyataan […]

» Read more

Speaker Putuskan MP Cameron Layak Hadir Sidang Dewan

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menarik balik keputusannya sebelum ini yang tidak membenarkan Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C Sivarraajh untuk menghadiri sidang Parlimen selepas kemenenangan beliau dalam Pilihan Raya Umum yang lalu dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Keputusan Speaker itu mendapat tepukan gemuruh daripada blok pembangkang. “Kesimpulannya…keperluan untuk hakim mahkamah pilihan raya […]

» Read more

#DaulatHimpunan812 Pamer Penyatuan Melayu

IPOH 9 Dis. – Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perhimpunan #DaulatHimpunan812 menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) telah memperlihatkan penyatuan umat Islam dan Melayu di negara ini. Beliau bagaimanapun berkata, perhimpunan itu lebih baik lagi sekiranya disertai rakyat pelbagai kaum yang secara langsung dapat mewujudkan perpaduan di antara mereka. “Dari satu segi […]

» Read more

Bukan Soal Jumlah Kehadiran, Akuilah Rakyat Bangkit Kerana Kegagalan Kerajaan Tunai Janji

KUALA LUMPUR, 9 Dis – “Biarpun terdapat anggaran jumlah kehadiran yang rendah, hakikatnya himpunan ini melebihi jumlah mana-mana perhimpunan terbesar yang pernah diadakan sebelum ini. “Akuilah bahawa rakyat mulai bangkit sebagai manifestasi atas kegagalan menunaikan janji dan pelaksaan dasar baharu pro-rakyat.” Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui Twitternya sebagai maklum balas terhadap pelbagai laporan berbeza […]

» Read more

Saya Tidak Bohong, Ada Bukti – Saarani

IPOH 5 Dis. – Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad mendakwa mempunyai bukti termasuk akuan bersumpah lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang ditemui exco kerajaan negeri yang cuba menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta gambar pertemuan tersebut. Saarani berkata, kesemua bukti berkenaan akan diserahkan kepada pihak polis sekiranya beliau dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. […]

» Read more

Rayuan Keputusan Petisyen Dun Rantau, Tok Mat Masih Bincang

SEREMBAN, 27 Nov – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan masih berbincang dengan barisan peguamnya keperluan untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan petisyen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, meskipun tarikh akhir rayuan semakin menghampiri penghujungnya iaitu Khamis ini. Beliau yang merupakan responden pertama dalam petisyen yang difailkan calon PKR, Dr S. Streram berkata bagaimanapun kertas kerja berkaitan rayuan sudah disiapkan. […]

» Read more

Bukan Saja Janji Tak Ditunaikan, Peminjam PTPTN Pun Terus Tertekan – Shamsul Anuar

JELEBU , 24 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata tangga gaji RM1,000 yang dikenakan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan sahaja memperlihatkan Pakatan Harapan (PH) tidak menunaikan janjinya sebelum ini malah menunjukkan mereka tidak prihatin kepada golongan berkenaan. Sedangkan menurut beliau sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) perkara tersebut dicanang dan […]

» Read more
1 170 171 172 173 174 175