Syabas… Tindakan Tegas, Tepat Ke Atas Penceroboh Tanah Di Raub – Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia ucapkan syabas dan menyokong penuh tindakan tegas Kerajaan Negeri Pahang umumnya, khususnya Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam menangani isu pencerobohan tanah Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub Pahang.

Kata ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan, tindakan berani individu mahupun kumpulan penceroboh ini dipercayaai apabila mereka punya sokongan pihak tertentu di belakangnya termasuk kumpulan peguam daripada Dap.

“Kami mendesak agar pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap beberapa ahli politik daripada DAP terutamanya YB Ronnie Liu yang secara jelas melanggar SOP hanya kerana mahu berlagak hero dengan menghasut mereka terlibat dalam pencerobohan,” ujarnya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya, hari ini.

Ujarnya, pihak berkuasa perlu terus tegas, tidak tunduk pada sebarang ugutan mahupun provokasi jahat daripada pemimpin Dap yang dilihat berlagak dan berani mencabar pihak berkuasa.

“Syabas pada anggota yang berani menegakkan undang-undang negara.

“Justeru itu kami berharap tindakan tegas kerajaan negeri Pahang ini akan berterusan dalam usaha melindungi aset kerajaan negeri seperti tanah, Hutan Simpan dan lain lain daripada terus diceroboh demi kepentingan kekayaan pihak tertentu,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.