COVID: 45 Kluster Baharu Termasuk 30 Kluster Tempat Kerja – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Sebanyak 45 kluster baharu COVID-19 dicatatkan hari ini dengan 30 daripadanya merupakan kluster tempat kerja, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata sejumlah 11 kluster lagi merupakan kluster komuniti dan masing-masing dua kluster berisiko tinggi serta kluster pendidikan tinggi. “Selangor mencatatkan kluster tempat kerja paling tinggi iaitu sembilan diikuti Johor […]

» Read more

PKPD Di 14 Lokaliti Di Sabah, Kelantan Dan Sarawak Mulai Sabtu – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Lima lagi lokaliti di Sabah, enam di Kelantan, dua di Pahang dan satu di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa Sabtu ini hingga 27 Ogos. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata antara lokaliti di Sabah ialah di Keningau iaitu Kilang dan Kuarters Pekerja Bumi Timber Sdn Bhd di Batu 27, Jalan Sook serta […]

» Read more

Kaji Balik Kebenaran Pengembara Dibenarkan Kuarantin Di Rumah – Sharkar

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih membimbangkan di negara ini, kerajaan Pusat digesa mengkaji semula kebenaran pengembara warganegara dan warga asing yang mempunyai kediaman di Malaysia serta yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 menjalani kuarantin wajib di rumah. Katanya, ini bukan […]

» Read more

COVID: Kes Baharu Cecah 21,000 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Malaysia hari ini merekodkan 21,668 kes baharu COVID-19 iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Dr Noor Hisham berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,342,215. […]

» Read more

Lapan Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai Jumaat – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Lapan lagi lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuat kuasa Jumaat ini hingga 26 Ogos. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia termasuk tiga lokaliti di Tawau iaitu Kampung Kongsi 8, Kampung Bergosong di Pulau Sebatik dan PPR Taman Sri Apas Batu 8. Selain itu, dua […]

» Read more

Terima Kasih YAM Tg Azlan Kerana Memilih UMNO Sebagai Pilihan, Kita Terus Berjuang – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Mulia (YAM) Tan Sri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar kerana memilih UMNO sebagai pilihan. “Terima kasih YAM Tengku Azlan kerana memilih UMNO sebagai pilihan. Kita terus berjuang,” kata Ahmad Zahid dalam satu perkongsian di Facebook. Hari ini, Tengku Azlan […]

» Read more

COVID: Kes Baharu Menurun, 17,236 Kes Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Kes baharu positif COVID-19 hari ini sekali lagi mencatatkan penurunan kepada 17,236 kes berbanding 18,688 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,279,776. Selangor kekal penyumbang tertinggi dengan 5,740 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur 1,567 kes, Kedah […]

» Read more

Tinggalkan PPBM, Penyertaan Tg Azlan Dalam UMNO Jadi Suntikan Semangat – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menganggap kemasukan semula Tan Sri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar ke pangkuan UMNO ibarat suntikan semangat baharu kepada parti. Katanya, ia seolah-olah suntikan vaksin dos kedua COVlD-19 kepada pemimpin dan ahli-ahli parti. “Tahniah dan menjunjung kasih tidak terhingga atas kepulangan semula Yang Amat Mulia […]

» Read more
1 168 169 170 171 172 283