Elak Manipulasi Ulasan Demi Kepentingan Politik – Sharkar

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – UMNO Bahagian Temerloh menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail bahawa wujud unsur manipulasi dalam ulasan-ulasan berkaitan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat 2021. Ketuanya Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata usah cuba berselindung pada Perkara 40 (1) dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan untuk mengatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong ‘hendaklah’ menerima […]

» Read more

COVID: 219 Kematian Hari Ini, Tertinggi Pernah Dicatatkan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Malaysia mencatatkan kes kematian harian tertinggi sejak penularan COVID-19 di negara ini dengan 219 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 9,403 kes. Beliau berkata kes kematian itu melibatkan 201 […]

» Read more

PKPD Di Lima Lokaliti Libatkan Tiga Negeri – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Lima lokaliti di Sabah, Kelantan dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa Rabu ini hingga 17 Ogos depan, kata Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini berkata dua lokaliti di Beaufort yang dikenakan PKPD ialah Kampung Selagon dan […]

» Read more

Perlis Sedia Beralih Ke Fasa Tiga PPN, Nasihat Rakyat Terus Patuh SOP – Azlan

KANGAR, 2 Ogos – Rakyat Perlis dinasihatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang wabak COVID-19 walaupun beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man. Beliau juga berkata Perlis telah berjaya mematuhi tiga nilai ambang yang ditetapkan oleh Kerajaan walaupun  kes COVID-19 di negeri itu meningkat beberapa hari kebelakangan ini. “Wajib […]

» Read more

Wujud Unsur Manipulasi Berkenaan Ulasan Proklamasi dan Ordinan Darurat – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan ada unsur berbaur manipulasi dalam ulasan berkaitan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat 2021. Katanya merujuk kepada beberapa ulasan dibuat dan mendapat siaran dalam sesetengah media tempatan beliau mendapati ianya adalah tidak dalam konteks sebenar, sebaliknya ada unsur atau berbaur manipulasi. “Disebutnya tentang […]

» Read more

21 Lokaliti Di Terengganu Dikenakan PKPD – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Sebanyak 21 lokaliti di Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 Ogos hingga 16 Ogos ini. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia melibatkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan, Mukim Jabi di Besut; sembilan lokaliti di Mukim Kuala Dungun dan 11 lokaliti di Mukim Sura. […]

» Read more

Agihan Bakul Makanan

BENTONG 1 hb Ogos – Pergerakan Puteri UMNO dengan diketuai Datuk Zahida Zarik Khan selesai menyampaikan bakul makanan berupa beras, dan lain lain keperluan dapur untuk diagihkan oleh Puteri Bahagian Bahagian di Pahang.Program ringkas ‘drop of’ di SJR Bentong turut disertai Menteri Besar Pahang sendiri DS Wan Rosdy Wan Ismail semalam.- Sumber FB : Zahida Zarik Khan

» Read more

Agong Isytihar Darurat Di Sarawak Sehingga 2 Feb Tahun Depan

KUCHING, 31 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat (Sarawak) di seluruh negeri itu mulai 2 Ogos ini sehingga 2 Feb tahun depan, sekali gus menggantung pilihan raya negeri (PRN) daripada diadakan dalam tempoh berkenaan. Dalam satu warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Julai, Seri Paduka berpuas hati darurat besar iaitu wabak COVID-19 […]

» Read more

COVID: Dua Hari Berturut-Turut Kes Baharu Melebihi 17,000

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Kes baharu positif COVID-19 hari ini dilaporkan sebanyak 17,170 menjadikannya hari kedua berturut-turut negara ini merekodkan kes melebihi 17,000. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah kumulatif kes dalam negara kini meningkat kepada 1,078,646. Selangor kekal menjadi negeri mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu sebanyak 7,163 kes, diikuti Kuala Lumpur […]

» Read more

PM Dan Menteri Undang-Undang Perlu Bertanggungjawab – Sharkar

TEMERLOH, 29 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini yang menzahirkan rasa sangat dukacita Seri Paduka Baginda dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan yang mana pembatalan belum mendapat perkenan Seri Paduka. Exco […]

» Read more
1 167 168 169 170 171 280