Mangsa Banjir Rindukan Bantuan Dapur, Tilam, ‘Rice Cooker’, Peti Ais Seperti Zaman BN

TEMERLOH, 14 Jan – Mangsa-mangsa banjir yang melalui pasca pemindahan selepas kediaman mereka dilanda musibah melahirkan kerinduan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) lantaran keprihatinan yang dilaksana termasuklah memberikan barangan keperluan asas seperti dapur, tilam, peti ais, periuk nasi dan pelbagai lagi kepada rakyat yang terlibat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin […]

» Read more

COVID-19: 2,985 Kes Baharu, 994 Kes Pulih Hari Ini – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 13 Jan – Sejumlah 2,985 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 144,518 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata bilangan kes COVID-19 yang sembuh bagi tempoh sama ialah 994 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 111,578 kes atau 77.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. […]

» Read more

PKP: Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Dengan Had Waktu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Sebahagian aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula pada 12.01 tengah malam ini dengan waktu operasi antara 6 pagi hingga 8 malam, kecuali bagi aktiviti tertentu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuk restoran, kedai makan, penjaja tepi jalan dan beredar serta medan selera namun tidak […]

» Read more

SOP PKP Lebih Terperinci Diumumkan Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, prosedur operasi standard (SOP) yang lebih terperinci mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diumumkan esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri menerusi kenyataan media perkembangan PKP dan PKP Pemulihan hari ini berkata, perkara tersebut bakal diumumkan dalam sidang media hariannya pada […]

» Read more

PKP 14 Hari Di Enam Negeri Mulai Rabu

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah – untuk tempoh 14 hari bermula Rabu (13 Jan) hingga 26 Jan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata enam lagi negeri – Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu […]

» Read more

Mangsa Banjir Di Empat Negeri Berkurangan, Johor Masih Tunjuk Peningkatan

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak, semakin pulih setakat 8 pagi ini dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan menurun. Bagaimanapun, Johor masih mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir akibat hujan lebat berterusan sejak malam tadi. Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di 16 PPS berkurangan kepada 1,702 berbanding 2,118 petang semalam. Berdasarkan […]

» Read more

Op Murni Diteruskan Sehingga Berakhir Tengkujuh – Ismail Sabri

KUANTAN, 11 Jan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meneruskan Op Murni bagi membantu mangsa banjir sehingga berakhir musim tengkujuh yang dijangka pada Mac ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata fasa seterusnya operasi berkenaan akan membabitkan tugas pascabanjir seperti membantu mangsa banjir kembali ke kediaman mereka dan pembersihan tempat awam. “Ada dua fasa iaitu […]

» Read more

Ahmad Jazlan Umum Penarikan Sokongan Kerajaan PN

KOTA BHARU,10 Dis – Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini. Beliau yang juga merupakan Pengerusi UMNO Negeri Kelantan mengumumkan perkara demikian dalam sidang media semalam. Penarikan sokongan ini bermakna kerajaan PN kini hanya mempunyai 110 kerusi dan akan hilang sokongan majoriti […]

» Read more

Banjir: ATM Kerah Anggota, Gerak Aset Bantu Mangsa Banjir – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini mula mengatur gerak seramai 4,983 pegawai dan anggota tentera berserta 1,015 aset dalam Op Murni bagi membantu mangsa-mangsa banjir di enam buah negeri yang terjejas teruk. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata enam negeri iaitu Johor, Pahang, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Perak dilanda bah sejak akhir […]

» Read more

PKPB Mukim Peringat Dan Mukim Kota Di Kota Bharu Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Mukim Peringat dan Mukim Kota di Kota Bharu, Kelantan mulai esok sehingga 17 Jan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPB itu bertujuan membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan saringan bersasar selain mengurangkan pergerakan dalam kalangan penduduk di kedua-dua lokaliti. “KKM melaporkan terdapat […]

» Read more
1 128 129 130 131 132 149