Lagi Negeri Di Semenanjung Mula Terima Bekalan Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Beberapa negeri lagi di Semenanjung Malaysia mula menerima bekalan vaksin COVID-19, vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech pada hari kedua Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini. Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Kelantan, Perak, Pahang dan Perlis telah menerima bekalan vaksin tersebut semalam. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menerima suntikan vaksin COVID-19, menandakan bermulanya […]

» Read more

MKN, KPM Bincang Esok Kelonggaran Rentas Daerah, Negeri Hantar Anak Ke Sekolah

KUALA LUMPUR 23 Feb – Kementerian Pendidikan (KPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan perbincangan esok mengenai kelonggaran kepada ibu bapa merentas daerah dan negeri bagi menghantar anak ke sekolah. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan perbincangan itu akan diumumkan Khamis ini dengan mengambil kira sekolah bakal dibuka secara berperingkat bermula 1 Mac. “Jika pekerja […]

» Read more

Malaysia Terima 182,520 Dos Tambahan Vaksin Covid-19 Pfizer-Biontech Esok

PUTRAJAYA, 23 Feb – Malaysia akan menerima 182,520 dos tambahan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech esok (Rabu), untuk edaran ke negeri-negeri yang belum menerima bekalan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, vaksin berkenaan yang dikeluarkan di Belgium dijadualkan tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada sebelah pagi […]

» Read more

150,000 Komputer Riba Dari PN Bukan Pemberian, Sama Seperti Skim Pinjaman Buku Teks

KUALA LUMPUR, 9 Feb – “Rupanya ‘pemberian’ 150,000 komputer riba seperti diumum kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam bajet 2021 bukan pemberian tetapi adalah skim pinjaman seperti skim pinjaman buku teks sekolah.” Demikian luah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi laman facebooknya berkaitan hal tersebut. Jelasnya, melalui skim ini komputer tetap milik kerajaan dan denda RM300 akan […]

» Read more

Misi Bantuan Pasca Banjir: KBS Salurkan Peruntukan Tambahan Kepada Majlis Belia Negeri Terlibat

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM70,000 untuk disalurkan kepada Majlis Belia Negeri di Johor, Terengganu, Perak, Kelantan, Pahang dan Sabah bagi menjalan misi bantuan pasca banjir. Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Rakan Muda Prihatin yang dilancarkan pada 12 Januari lalu bagi […]

» Read more

COVID-19: 18 Kematian Terbaru, Kes Kematian Harian Tertinggi – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Wabak COVID-19 di Malaysia meragut 18 lagi nyawa hari ini iaitu jumlah kematian tertinggi dilaporkan dalam sehari manakala 3,631 kes baharu dan 2,554 kes sembuh direkodkan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan terbaharu ini menjadikan kes kematian akibat pandemik maut itu sehingga kini ialah 660, sementara kumulatif kes baharu 176,180 […]

» Read more

Seluruh Negara Di Bawah PKP Kecuali Sarawak – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Seluruh negara, kecuali Sarawak, akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kerajaan turut menguatkuasakan perintah itu di Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu mulai 22 Jan ini hingga 4 Feb depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah terdapat peningkatan taburan kes positif COVID-19 […]

» Read more
1 127 128 129 130 131 149