Tangguhlah Dulu Projek Kereta Terbang, Utamakan Kebajikan Penjawat Awam

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Adalah tidak adil bagi Kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminta Penjawat Awam ‘mengikat perut’ dengan alasan untuk menyelesaikan hutang negara, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Ironinya, kata beliau, dikala penjawat awam digesa mengikat perut, Kerajaan PH boleh pula nak melabur RM3.7Billion di Pakistan, memperkenalkan projek kereta terbang yang pastinya menjangkau […]

» Read more

Masih Mahu Nafi Sedangkan Naratif Pemikiran Dap Masih Dalam Kerangka Kaum

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid membidas Dap yang masih menafikan bahawa mereka adalah parti yang berfikir dalam kerangka kepentingan sesebuah kaum. Bahkan katanya, dalam konteks perpaduan nasional, pemimpin-pemimpin Dap adalah punca serta pencetus masalah. “Sebenarnya, insiden-insiden membabitkan pemimpin-pemimpin Dap selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membuktikan bahawa bukan hanya ‘beberapa pihak dalam Dap’ […]

» Read more

Adakah Ahli Parlimen Jelutong Sengaja Dibiarkan Lempar Cerita Palsu Dan Bersikap Tidak Profesional?

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) Pulau Pinang membidas sikap ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji yang tidak profesional di dalam Dewan Rakyat. Kata Setiausahanya, Mathis Sarawanan, tindakan Rayer yang sering mengganggu perbahasan lain-lain ahli Parlimen termasuklah mengungkit perkara-perkara selain yang dibincangkan adalah satu tindakan yang amat tidak profesional terutama mengenai isu-isu yang tidak […]

» Read more

Sidang Dewan Rakyat Terus Gamat Dengan Sikap Tidak Profesional Jelutong

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Seperti persidangan Parlimen sebelum ini, minggu pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 kembali kecoh dengan sikap tidak profesional Ahli Parlimen Jelutong (PH), RSN Rayer. Rayer yang terkenal dengan ‘mulut celupar’ di Parlimen, hari ini berang apabila Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengaitkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dengan isu skandal terowong dasar laut […]

» Read more

Kerajaan Negeri Jangan Lepas Tangan

PULAU PINANG 7 Mac – Kerajaan negeri tidak boleh bersikap lepas tangan dalam isu pengusiran 22 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown semalam. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pengusiran penyewa-penyewa tersebut tidak akan membuatkan masalah membabitkan isu perumahan PPR itu selesai. “Ketua Menteri, Chow Kon Yeow bagi alasan ada 400 pemohon lain menunggu, […]

» Read more

MCA Tempelak Guan Eng Keluar Kenyataan Berunsur Hasutan

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menempelak Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng yang membuat kenyataan menghasut dengan mengatakan kerjasama UMNO dan PAS sebagai pengisytiharan perang antara kaum. Menurutnya, kenyataan Guan Eng tersebut langsung tidak boleh diterima dan beliau harus dipertanggungjawabkan di atas hasutan yang menjurus kepada kebencian antara kaum serta menjejaskan […]

» Read more

Jika Benar Wujud ‘Rule Of Law’, Dedah Segera Hasil Siasatan Terowong Dasar Laut

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Pengamal Undang-undang, Zamri Mohd Isa berkata, sekiranya benar kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) mengamalkan sikap ketelusan dan ‘rule of law’ itu benar-benar wujud, maka seharusnya rakyat dimaklumkan berkaitan siasatan isu penuh kontroversi pembinaan terowong dasar laut. Jelas beliau, kes terowong dasar laut yang dulunya sedang dibicarakan tiba-tiba ‘lupus’ setelah kerajaan diambil-alih oleh PH malah ramai […]

» Read more

Pendedahan Rasuah Projek Terowong: Guan Eng, DAP Usah Berdiam

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui portal berita Malaysia Today telah membuat satu pendedahan yang teramat serius, jika benar, berhubung rasuah dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (LGE), dan beberapa pemimpin kanan Dap, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Soal beliau, bagaimanakah RPK boleh mendedahkan […]

» Read more

Bekas Pemikir Publisiti Melayu Dap Dakwa ‘Pasukan Fitnah Dap’ Akan Aktif Kembali

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Bekas Pemikir Publisiti Melayu Dap, Amran Ahmad Nor memberi peringatan keras kepada semua pendukung penyatuan ummah baik dari UMNO, PAS, individu mahupun rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) agar berwaspada dengan akan ‘kembalinya’ pasukan ‘fitnah’ Dap. Tegasnya dalam hantaran di Facebooknya, semua pihak tersebut perlu berhati-hati dan bersiap sedia untuk menangkis serangan dahsyat Dap yang akan […]

» Read more
1 109 110 111 112 113 117