Pertemuan Tertutup Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis 

KANGAR 25 Mei– Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Azlan Man menghadiri Pertemuan Tertutup Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis bersama Bekas Presiden UMNO Dato Seri Mohd Najib Tun Razak di Putra Regency Hotel, Kangar petang tadi. Bersama dalam pertemuan ini adalah Ketua UMNO Bahagian Arau merangkap Ketua Penerangan BPUNPS YB Dato’ Seri Shahidan Kassim Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Azizan Sulaiman, Ahli […]

» Read more

UMNO Dan PAS Bentuk Kerjasama Rasmi Selepas Aidilfitri

KOTA BHARU, 23 Mei – UMNO dan PAS akan memeterai satu piagam bersama selepas Aidilfitri ini bagi membentuk kerjasama rasmi kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa. Annuar berkata pembentukan piagam itu kini di peringkat akhir penelitian oleh jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan oleh kedua-dua parti sebelum ini. “Sekarang taawun (kerjasama), kita kena secara berperingkat-peringkat. Mula-mula kerjasama tak bertulis, kemudian […]

» Read more

PAS Meriahkan Agihan Bubur Lambuk UMNO Pasir Salak

  PASIR SALAK, 19 Mei – Setiap kali tibanya bulan Ramadan, UMNO tidak akan ketinggalan menganjurkan program pengagihan bubur lambuk. Namun begitu, kali ini ia lebih istimewa kerana turut disertai oleh parti PAS. UMNO bahagian Pasir Salak di bawah biro keusahawanannya bersama Wanita dan Puteri bahagian tersebut, turut bekerjasama dengan PAS bahagian menganjurkan program Ihya Ramadhan 1440H bubur lambuk perdana […]

» Read more

Kak Ida Bertemu Mata Bersama Puteri Perak

PASIR SALAK 18 MEI–Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan menyampaikan ucapan ketika hadir berbuka puasa bersama kepimpinan Puteri UMNO Negeri Perak dan Bahagian Pasir Salak di Kampung Gajah petang ini. Turut bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Foto-MediaUMNO

» Read more

Ulang Tahun UMNO Mempunyai Makna Yang Amat Signifikan Kepada Ahli Parti

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Sambutan ulang tahun UMNO yang disambut saban tahun pada 11 Mei mempunyai makna yang cukup signifikan kepada pimpinan dan juga seluruh pendokong serta penyokong parti berkenaan. Walaupun ini tahun pertama sebagai parti pembangkang selepas 61 tahun mengemudi negara bersama rakan-rakan parti komponen lain menerusi Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional (BN), ulang tahun yang ke-73 pada […]

» Read more

PRU-14 Buka Mata Rakyat, UMNO Akan Terus Bangkit Demi Agama, Bangsa Dan Negara

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Bagi Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusof, beliau berharap kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu akan membuka mata semua orang Melayu dan bukannya ahli UMNO sahaja. Jelasnya, jatuhnya UMNO bukannya bukan membawa makna parti UMNO itu yang jatuh tetapi jatuhnya UMNO adalah satu kesedihan jatuhnya bangsa Melayu. “Harapan […]

» Read more

Masa Depan UMNO Bergantung Kepada Perjuangan Politik Kebangsaan Berasaskan Islam – Tok Mat

KUALA LUMPUR 11 Mei – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata masa depan UMNO sangat bergantung pada bagaimana UMNO memperjuangkan politik kebangsaan berasaskan Islam. Sebabnya jelas beliau kerana Islam itulah yang mendorong orang Melayu menjadi bangsa yang rasional dan berkemajuan. “Jika UMNO ingin berkelangsungan, UMNO mesti mengangkat politik Melayu Islam sebagai agenda masa depannya. […]

» Read more

Ulang Tahun UMNO Ke-73 Berlangsung Meriah

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Lebih 2,000 ahli dan pendokong parti menyambut Ulang Tahun UMNO ke-73 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam suasana sederhana namun ianya penuh bermakna. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang kemudian diikuti ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden UMNO. Majlis […]

» Read more

UMNO 73 Tahun: Jasa UMNO Terlalu Besar, Wadah Perjuangan Orang Melayu – Zahida

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkata jasa UMNO kepada negara begitu amat besar dan penting yang tentunya perlu terus dikenang sebagaimana ulang tahun penubuhannya, yang genap 73 tahun. Katanya, UMNO adalah sebuah parti orang Melayu yang memperjuangkan agama, bangsa dan Tanah Air dan parti keramat inilah yang menentang Malayan Union dari penjajah. […]

» Read more

UMNO Tidak Bertanding Di PRK Sandakan – Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR, 22 April – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan parti tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen Sandakan. Ujar beliau yang juga menjalankan tugas-tugas presiden, ini memandangkan bahawa UMNO memang tidak pernah bertanding di kawasan tersebut dan sebelum ini ia diwakili oleh rakan komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah. “Jadi UMNO mengambil keputusan tadi […]

» Read more
1 105 106 107 108 109 237