PM Dan TPM Santuni Rakyat Kedah, Hadir Majlis Aidilfitri Madani

JITRA, 4 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi santuni rakyat Kedah dengan menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri itu yang diadakan di Darul Aman Park di sini malam ini. Ketibaan mereka berdua disambut meriah ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan dan peringkat umur. Majlis yang bermula pada pukul […]

» Read more

Jangan Guna Agama Untuk Capai Hasrat Politik- Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 1 Mac – Semua pihak terutama pemimpin-pemimpin parti diingatkan untuk tidak menggunakan agama sebagai tunggangan untuk mencapai hasrat politik, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap kepada media selepas merasmikan Surau Bergerak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) 2.0, di sini pada Jumaat, beliau berkata, soal berkaitan agama, hukum dan fatwa harus dijadikan sebagai batu […]

» Read more

Kes Nik Elin: Perlu Difahami Secara Tuntas Bidang Kuasa Mahkamah Persekutuan, Syariah – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Bidang kuasa mahkamah persekutuan dan syariah perlulah difahami secara tuntas apatah lagi sekiranya ia melibatkan kes yang dibawa peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Jelasnya, Perlembagaan negara telah meletakkan secara jelas mengenai neraca undang-undang dan ia mengikut peraturan yang telah ditetapkan. “Perlembagaan […]

» Read more

Minggu Al-Quds: Program Solidariti Antara Usaha, Sokongan Terhadap Palestin

Melaka, 18 Feb – Penganjuran Program Solidariti Palestin sempena Minggu Al-Quds yang berlangsung di negeri ini merupakan sebahagian usaha dan tanda sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap masyarakat di negara berkenaan yang kini memperjuangkan nasib di bumi sendiri. Exco Kanan Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin berkata dalam apa jua keadaan penderitaan yang ditanggung oleh penduduk Palestin amat perit dan […]

» Read more

Tunggakan Gaji Pemain KDA FC: Jangan ‘Kambing Hitamkan’ SPRM – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 10 Feb – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi diminta untuk tidak ‘mengkambing hitamkan’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas kegagalan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk membayar gaji pemain Kedah Darulaman (KDA) FC. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, sememangnya KFA sudah culas membayar gaji pemain sebelum SPRM memanggil beberapa saksi […]

» Read more

Tuan Guru Presiden PAS Melakukan Dosa Besar Menggelar Orang Islam Lain Munafik?

1. Saya membaca dengan teliti tulisan Tuan Guru Presiden PAS bertajuk “Cara Golongan Munafiq Menentang Islam diikuti Israel dan Pakatan Harapan” yang disiarkan di Harakahdaily pada 6 Disember 2023. Keseluruhan tulisan membawa kepada kesimpulan bahawa beliau cuba membandingkan pendekatan Munafik zaman Nabi dan Zionis yang membunuh umat Islam Palestin dengan pendekatan PH yang menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan supaya dibuat kesimpulan […]

» Read more

Antara Jangkaan Dan Realiti, Shaiful Hazizy Bimbang Hala Tuju Masa Depan Bola Sepak Kedah

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin meluahkan kebimbangan dengan hala tuju bola sepak negeri itu pada masa akan datang. Ujarnya, kehebatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjual masa depan memang terserlah namun dibimbangi apa yang dijual itu tidak menepati tawaran yang sebenarnya. “’Expectation’ dan […]

» Read more

PRK Pelangai: PN Guna Isu 3R Kerana Slogan ‘Bersih dan Stabil’ Sudah Tidak Laku – Lokman Adam

BENTONG, 4 Okt – Perikatan Nasional (PN) menggunakan isu 3R (raja, agama, bangsa) sepanjang tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai kerana slogan ‘Bersih dan Stabil’ mereka sudah tidak laku. Ketua Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata, rakyat sedikit sebanyak sudah mengetahui sikap sebenar mereka yang merasuah pengundi pada Pilihan Raya […]

» Read more

Sultan Selangor Gesa Hentikan Perbuatan Keluarkan Fatwa Secara Tidak Bertanggungjawab

SHAH ALAM, 12 Sept – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah agar rakyat khususnya pemimpin politik, segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini. Sultan Selangor bertitah ini kerana, baginda tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggung-jawab, dan ingatan baginda ini tidak bermaksud menyebelahi […]

» Read more
1 8 9 10 11 12 19