Ahmad Zahid Zahir Takziah Atas Kemangkatan Kakanda Sultan Pahang

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan kakanda kepada Sultan Pahang Almarhumah Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah. Beliau turut merafak sembah takziah kepada keluarga diraja Pahang dan mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni […]

» Read more

Mandat Besar Rakyat Johor Amanah Pacu Negeri Maju Menjelang 2030

JOHOR BAHRU, 27 Ogos – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bukanlah noktah kepada perjuangan, sebaliknya menjadi permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar untuk membawa Johor ke arah sebuah negeri yang maju menjelang 2030. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata mandat yang diberikan rakyat perlu diterjemahkan kepada komitmen untuk terus bekerja keras, […]

» Read more

Malaysia Contoh Keharmonian Masyarakat Berbilang Kaum, Agama – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Pengalaman Malaysia dalam memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama perlu terus diketengahkan sebagai contoh dalam usaha memperkukuh kefahaman terhadap Islam serta menangani persepsi yang salah terhadap agama itu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengalaman Malaysia membuktikan bahawa masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama mampu hidup […]

» Read more

Mohamad Hasan Tiba Di Jeddah Untuk Mesyuarat Tergempar Menteri Luar OIC

JEDDAH, 27 Ogos – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Jeddah, Arab Saudi, pada Rabu bagi menghadiri Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan berlangsung hari ini. Ketibaan Mohamad di King Abdulaziz International Airport, Jeddah, pada kira-kira 5.45 petang disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman. Beliau kemudian […]

» Read more

Masa Depan Pendidikan Negara Tuntut Keperluan AUKU Diteliti Semula – Zambry

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Masa depan pendidikan tinggi negara menuntut keperluan untuk melihat semula akta-akta berkaitan pendidikan tinggi secara menyeluruh, termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata langkah meneliti serta menambah baik kerangka undang-undang sedia ada penting, bagi memastikan ekosistem pendidikan tinggi kekal relevan dan tidak terus dikongkong […]

» Read more

Siasat TH Dari 2018 Hingga Kini – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu perlu ditubuhkan bagi menyiasat pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh kewangan selepas siasatan RCI terdahulu. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii, berkata penubuhan RCI baharu penting bagi memastikan sebarang persoalan berhubung pengurusan aset dan kewangan TH dapat disiasat secara menyeluruh serta telus. Menurut beliau, siasatan […]

» Read more

77 Tahun Pemuda UMNO Berdiri Teguh, Teruskan Perjuangan – Sollehin

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – 77 tahun Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berdiri sebagai salah satu wadah penting dalam perjalanan panjang perjuangan UMNO yang sarat dengan pengalaman, cabaran dan pengorbanan, kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie. Menurutnya, tempoh 77 tahun bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan perjalanan panjang yang membentuk jati diri serta kematangan generasi dalam meneruskan perjuangan […]

» Read more

Md Israk Tekad Kekal Turun Padang, Pastikan Suara Rakyat Didengar

TANJUNG PIAI, 26 Ogos – Pendekatan turun padang secara berterusan penting bagi memastikan setiap pandangan, keperluan dan harapan rakyat dapat didengar secara langsung, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Md Israk Abdullah. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor berkata, hubungan secara dekat dengan masyarakat membolehkan beliau memahami isu yang dihadapi […]

» Read more

77 Tahun: Pemuda UMNO Terus Jadi Benteng Perjuangan Bangsa

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO terus menjadi benteng kepada perjuangan bangsa dan melahirkan insan yang sanggup berdiri ketika tanah air serta parti memerlukan. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohamad Aliff Hilmi berkata, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bukan sekadar sayap dalam parti dan memikul amanah perjuangan yang besar. “77 tahun yang lalu, sebuah barisan anak muda memilih untuk […]

» Read more

Forum Tabung Haji Wajar Diperluas, Penjelasan Berfakta – Rozi Mamat

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat berpandangan forum Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji yang diadakan semalam adalah sebagai satu platform amat baik dalam memberi pencerahan kepada masyarakat berhubung isu membabitkan institusi Tabung Haji. Menurutnya, forum seumpama itu perlu diperluaskan ke seluruh negara supaya masyarakat mendapat gambaran yang jelas, berasaskan fakta […]

» Read more
1 … 96 97 98 99 100 … 2,516