Mesyuarat Cawangan UMNO Bermula 15 Ogos, Bahagian 7 Okt, PAU 23 Nov Ini

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menetapkan bahawa tarikh persidangan Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2022 dilaksanakan bermula Ogos ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa keputusan ini dibuat dalam mesyuarat yang dilaksanakan tadi dengan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid […]

» Read more

Hanya UMNO/BN Mampu Mentadbir, Terbukti Bawa Dasar Terbaik – Shahrir Samad

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – UMNO/Barisan Nasional(BN) meletakkan para pemimpin yang sudah semestinya mampu untuk mentadbir ditambah pula berbekalkan pengalaman selama lebih 60 tahun memerintah negara. Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berpendapat, selain itu sudah terbukti UMNO/BN berupaya membawa dasar-dasar yang terbaik untuk negara dan masih dilaksanakan sehingga kini. “Sampai sekarang dasar-dasar Najib Tun Razak (Datuk […]

» Read more

Pendukung Parti Perlu Yakini BN Bakal Kembali Dominan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berpandangan pendukung Barisan Nasional (BN) perlu seratus peratus meyakini kepentingan untuk gabungan politik ini kembali dominan. Katanya, keyakinan itu perlu meliputi bahawa BN adalah satu-satunya gabungan parti politik paling berwibawa, berkebolehan dan berpengalaman untuk mentadbir. “Sedangkan gabungan politik lain cumalah percaturan politik merebut kuasa dan kedudukan semata-mata. “Sukar […]

» Read more

Rafizi Asyik Ulang Yang Sama, Korek Sekali Skandal PH, PN – Johari

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyindir Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang kononnya mahu berterusan mendedahkan skandal berkaitan Barisan Nasional (BN). Beliau bagaimanapun mengalu-alu tindakan itu namun ianya mesti juga dilakukan kepada keseluruhan parti-parti yang pernah mentadbir negara. “BN dah kalah pun hendak diserang jugak? Pakatan Harapan (PH) 22 […]

» Read more

Bukan Setakat PBM, Malah Sekurang-Kurangnya Tujuh Parti Nyatakan Hasrat Sertai BN

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Suhu politik negara hari ini bukan sahaja hangat dengan pelbagai isu semasa malah terkini difahamkan beberapa parti politik telah menyatakan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN). Menerusi perkongsian di Facebook Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menimbulkan persoalan apakah yang menyebabkan parti-parti berkenaan mahu bersama-sama dengan parti BN. Fenomena tersebut jelas beliau lagi […]

» Read more

Kerajaan Dap P. Pinang Abai Kebajikan, Masa Depan Rakyat – Shah Headan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah berpandangan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Dap tidak cakna dengan kebajikan dan masa depan rakyat. Katanya ini kerana mereka hanya fokus dalam agenda berorientasikan perniagaan semata-mata tanpa merangka agenda kemajuan bagi jangka masa panjang yang berpeluang memberi manfaat kepada rakyat negeri ini. […]

» Read more

Tun Mahathir Lupa Selama Ini Beliaulah Pecahkan Perpaduan Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Isham Jalil berkata Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad lupa bahawa selama ini bekas Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) itulah yang sebenarnya yang memecahkan perpaduan orang-orang Melayu di negara ini. Isham memberi respon demikian berhubung semalam, Tun Dr Mahathir memberi bayangan bahawa beliau akan menubuhkan gagasan parti politik Melayu […]

» Read more

Takut Dengan Undi Rakyat Nak Gelar Apa Pula… Sebab Sudah Tiada Gigi?

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan membidas kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menyindir UMNO risau hanya tinggal gigi depan sahaja jika dilambatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). “Kalau kita yang nak PRU segera disebut risau tinggal gigi depan, mereka yang takut berhadapan dengan undi rakyat pula macam mana? “Adakah takut […]

» Read more

Rakyat Berhak Tahu Status Kewangan Negeri Dengan Jelas – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui semua maklumat awam berkaitan negeri seperti unjuran tunai serta mempersoalkan sumber pendapatan dan cara ianya dibelanjakan. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yang menyangkal dakwaan rizab negeri tersebut melonjak hasil daripada aktiviti pembalakan. “Unjuran tunai, […]

» Read more

Tangani Segera Isu Pekerjaan Di Bawah Kelayakan Pendidikan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata selain isu pengangguran, isu yang perlu juga diberikan perhatian serius ialah isu pekerjaan di bawah kelayakan pendidikan atau ‘underemployment’. Dr Asyraf berkata demikian merujuk kepada perangkaan terbaru yang dikeluarkan Jabatan Statistik Negara setakat Mei 2022, kadar pengangguran dalam negara adalah 3.9% bersamaan 637.7 ribu […]

» Read more
1 967 968 969 970 971 2,043