Mesyuarat Cawangan UMNO Bermula 15 Ogos, Bahagian 7 Okt, PAU 23 Nov Ini

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menetapkan bahawa tarikh persidangan Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2022 dilaksanakan bermula Ogos ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa keputusan ini dibuat dalam mesyuarat yang dilaksanakan tadi dengan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tarikh-tarikh Persidangan Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung:

i) Persidangan UMNO Cawangan: 15 Ogos hingga 18 September 2022;

ii) Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Bahagian: 7, 8 dan 9 Oktober 2022;

iii) Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian: 14, 15 dan 16 Oktober 2022;

iv) Perhimpunan Agung UMNO: 23 hingga 26 November 2022.

“Tidak ada pemilihan jawatan dalam Persidangan Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung; tiada pemilihan jawatan di semua peringkat pada kali ini.

“MKT dalam pada itu turut memperakukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan sedikit pindaan terhadap Perlembagaan UMNO yang berkuatkuasa mulai 29 Julai 2022. MKT merakamkan ucapan terima kasih atas kelulusan yang diberikan itu.

“Negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional hendaklah melakukan langkah untuk meminda undang-undang tubuh/enakmen negeri masing-masing setelah Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan larangan lompat parti selesai digazetkan,” katanya ketika ditemui media. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2022/08/KENYATAAN-MEDIA-4-OGOS-2022.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.