Mungkir Janji Gagal Bekal Hanya 150,000 Unit Peranti: Bukti Kerajaan Gagal Sepenuh-penuhnya

KUALA LUMPUR, 26 April – Sebuah kerajaan yang mungkir janji sendiri untuk membekal cuma 150,000 unit peranti pada masa yang tepat dan akibatnya menghalang 150,000 murid miskin untuk teruskan pendidikan mereka adalah sebuah kerajaan yang terbukti gagal sepenuh-penuhnya. Demikian tegas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berhubung bantuan 150,000 unit peranti bagi murid-murid golongan B40 yang […]

» Read more

MKT 25/4 Dan Demokrasi Yang Tergendala

Ramai pihak yang sentiasa memerhati perjalanan mesyuarat MKT, sepertimana juga liputan meluas berkenaan PAU. 2. Apapun spekulasi di luar sana, keputusan diambil atas semangat musyawarah dan bijaksana bagi memperjuang agenda rakyat dan parti. Dan apabila bercakap agenda parti pun, ia bukan atas pertimbangan kepentingan pemimpin atau ahli parti semata-mata, tetapi juga kerana kita percaya kepimpinan oleh UMNO adalah yang terbaik […]

» Read more

Zahid Luah Dukacita 53 Korban Kapal Selam… Rakam Takziah Kepada Presiden Indonesia

KUALA LUMPUR, 26 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa dukacita beliau berhubung penemuan kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala 402 yang ditemui pecah di dasar laut di perairan Bali dengan kesemua 53 kru disahkan meninggal dunia. Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto pada sidang medianya, semalam. “Sedih menerima perkhabaran […]

» Read more

Pemilihan UMNO Tahun Ini, Minta Nasihat ROS & MKN Garis Panduan SOP COVID-19

KUALA LUMPUR, 25 April – Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk menghantar surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meminta nasihat dan garis panduan bagaimana untuk UMNO menjalankan pemilihan parti pada tahun ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini dibuat selaras peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO […]

» Read more

Kerajaan Tidak Boleh Mandulkan Demokrasi, MKT UMNO Syor Parlimen, DUN Bersidang

KUALA LUMPUR, 25 April – Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini memutuskan untuk mendesak dan mengesyorkan kepada Kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kembali bersidang selaras dengan Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa […]

» Read more

Program Kemasyarakatan Wanita UMNO Segamat Diteruskan Seperti Biasa Pada Bulan Ramadhan

SEGAMAT, 25 April – Program kemasyarakatan Wanita UMNO Segamat diteruskan seperti kebiasaan walaupun pada bulan Ramadhan, namun ianya disesuaikan dengan keadaan semasa bagi memastikan segala yang diatur berjalan berjalan lancar. Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim berkata pelbagai program diatur serta dilaksanakan termasuklah juadah berbuka puas selain menu yang tidak pernah lekang daripada bulan Ramadhan, iaitu bubur lambuk. “Alhamdulillah […]

» Read more

Ahmad Zahid Gesa Ayuh Laksanakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011

KUALA LUMPUR, 25 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan untuk melaksanakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Beliau berkata demikian ekoran laporan media berhubung kenaikan harga minyak masak bagi botol bersaiz 5 kilogram (kg) sehingga 10 peratus dan kenaikan ini sudah tentu membebankan pengguna ketika sambutan Aidilfitri berbaki sekitar 17 hari lagi. “Ramai pengguna […]

» Read more

Pemuda Arau Sambut Baik Keputusan Parti – Syed Atif

KUALA LUMPUR, 25 April – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau menyambut baik keputusan pucuk pimpinan parti berhubung perlantikan Datuk Seri Azlan Man selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis. Ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata perlantikan ini diharapkan dapat membuka lembaran baru dalam lapangan politik negeri Perlis khususnya di peringkat Badan Perhubungan UMNO Negeri. “Semoga dengan perlantikan ini  akan dapat […]

» Read more

Akar Umbi Tidak Mahu Kerjasama Dengan PPBM – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan tiada kerjasama dengan PPBM bukan keputusan peribadi sebaliknya ia diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO. Maka perkara yang telah diputuskan ini tegas Ahmad Zahid lagi bukanlah boleh dibawa bincang semula di meja rundingan dengan sebegitu mudah kerana melibatkan suara akar umbi dan perwakilan UMNO. “Tiga hari […]

» Read more

Dana KWAN Bukan Untuk Perbelanjaan Hari Ini – Mustafa Shah

KUALA LUMPUR, 24 April –  Keputusan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan program imunisasi kebangsaan adalah amat membimbangkan. Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid, ini merupakan satu indikator jelas bahawa Kerajaan PN  seolah-olah telah kehabisan modal untuk menjana pendapatan negara bagi tujuan pembiayaan tersebut. “Lebih merisaukan lagi […]

» Read more
1 858 859 860 861 862 1,615