UMNO Johor Adakan Konvensyen Selepas PRN Bincang Isu Pembangunan

JOHOR BAHRU, 3 Julai – UMNO Johor akan mengadakan konvensyen bagi memastikan isu pembangunan dan kemajuan di Johor dapat dijayakan khususnya perkara melibatkan kedudukan orang Melayu di negeri itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata konvensyen peringkat negeri itu dijangka diadakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri selesai, sementara tarikh dan lokasi akan […]

» Read more

UMNO Sabah Sedia Hantar Jentera PRN Enam Negeri Di Semenanjung

LAHAD DATU, 3 Julai – UMNO Sabah bercadang akan menghantar jentera bagi membantu Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri yang dijangka pada bulan Ogos ini. Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat dalam masa terdekat. Katanya, keputusan mengenai jentera UMNO yang dihantar di enam negeri tersebut akan dimuktamadkan pada […]

» Read more

Ibadah Korban Rapatkan Ukhwah Tanpa Mengira Fahaman Politik – Mohd Rafi

LABUAN, 3 Julai – Ibadah Korban dapat merapatkan ukhwah tanpa mengira fahaman politik malah menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong-royong dalam kalangan umat Islam. Ketua UMNO bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata, ibadat korban diadakan bersempena peristiwa Nabi Ibrahim dan anak Baginda Nabi Ismail yang begitu banyak menyumbang pengajaran sekiranya dihayati. “Ia tidak hanya memupuk semangat pengorbanan dalam […]

» Read more

Rakyat Malaysia Harus Pelajari Falsafah ‘Segulai Sejalai’ – Ahmad Zahid

BETONG (Sarawak), 2 Julai – Falsafah ‘Segulai Sejalai’ (Seiring Sejalan) masyarakat Dayak amnya dan Iban khususnya harus dipelajari oleh rakyat Malaysia agar menjadi pegangan yang mampu menyatu serta memperkuatkan negara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata falsafah itu adalah pegangan yang terbaik supaya tidak timbul masalah yang akan menyebabkan pecah-belah dalam kalangan rakyat. Beliau berkata dapat […]

» Read more

PRN: UMNO Johor Bantu Kempen Di Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu – Khaled Nordin

JOHOR BAHRU, 2 Julai – UMNO Johor akan menggerakkan jenteranya ke Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu bagi membantu kempen pilihan raya negeri (PRN) di ketiga-tiga negeri tersebut yang akan berlangsung tidak lama lagi. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata langkah itu bukan sahaja bagi membalas bantuan UMNO negeri lain yang membantu UMNO Johor ketika PRN […]

» Read more

PRN: Ahmad Zahid Harap GPS Turun Padang Bantu Calon BN

SRI AMAN, 2 Julai – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat turun padang membantu calon Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi. Pengerusi BN itu berkata beliau mahu agenda kestabilan politik di Sarawak menjadi contoh serta diguna pakai oleh jentera gabungan berkenaan semasa berkempen kelak. “Saya […]

» Read more

Sokongan Pengundi Muda Kepada PN Pada PRU 15 Tidak Lagi Sama Pada PRN Kali Ini – Mahdzir Khalid

ALOR SETAR, 2 Julai – Sokongan pengundi muda yang dikatakan lebih memihak kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, hanya satu momokan politik dan tidak boleh disamakan dengan situasi semasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Ini kerana menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pembentukan Kerajaan Perpaduan pasca PRU15, golongan muda […]

» Read more

Nilai Aset Kerajaan Persekutuan Melebihi RM1 Trilion Setakat Ini – Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU, 2 Julai – Nilai aset kerajaan Persekutuan setakat ini adalah melebihi RM1 trilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata angka itu adalah berdasarkan penilaian melibatkan aset tanah dan bangunan kerajaan yang dibuat Jabatan Akauntan Negara dan juga Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi tempoh 10 tahun sejak 2013. Ahmad berkata nilai aset kerajaan […]

» Read more

Indahnya Islam Beri Keseimbangan Hubungan Dengan Allah Dan Sesama Manusia – Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ibadah korban yang dilaksanakan ini amat berkait rapat dengan konsep Hablum MinAllah dan Hablum MinanNass. Timbalan Perdana Menteri itu berkata sembelihan korban yang dilaksanakan umat Islam adalah untuk mendapatkan redha Allah SWT. “Kemudiannya daging korban yang dikongsikan itu pula untuk kita memupuk kasih sayang serta rasa […]

» Read more

PRN: Kolaborasi PH Dan BN Beri Kelebihan Pertahankan Negeri Sembilan

SEREMBAN, 1 Julai – Permuafakatan politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), dilihat mampu memberikan kelebihan kepada gabungan itu untuk mempertahankan Negeri Sembilan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Mengambil kira prestasi kedua-dua parti itu yang berjaya mendominasi kesemua lapan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan BN menguasai lima dan PH tiga, adalah tidak […]

» Read more
1 685 686 687 688 689 2,035