Agenda ‘Ubah Kelantan’ Bawa Kesedaran Pentingnya Selarikan Kerajaan Negeri Dan Pusat

TUMPAT, 3 Ogos – Agenda ‘Ubah Kelantan’ yang dilaungkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ini adalah untuk membawa kesedaran mengenai betapa pentingnya untuk menyelarikan pentadbiran negeri dan pusat. Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu, Abdul Mannan Md Said berkata, sepanjang 33 tahun pemerintahan Pas, negeri […]

» Read more

Agihan Kerusi PRN, Gerak Kerja Terjemah Kesepakatan Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

KAJANG, 2 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan telah diterjemahkan malah dibuktikan melalui kesepakatan dalam pembahagian kerusi dan gerak kerja dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kini. Katanya, Kerajaan Perpaduan ini telah menukar perasaan benci kepada sayang. “Dalam keadaan yang begitu atas kesepakatan dan keserasian antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan sebagaimana kerusi Dusun […]

» Read more

PRN: Satu Undi Untuk BN-PH, Satu Kemajuan Untuk Anak Cucu Kita – Sharif Musa

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Satu undi untuk Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) bermakna satu kemajuan untuk anak-cucu kita berbanding satu undi untuk calon Perikatan Nasional (PN) yang membawa satu kemunduran untuk anak-cucu kita. Demikian perbandingan yang diangkat oleh Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang membabitkan enam negeri iaitu […]

» Read more

Pembangunan Sosial, Tingkat Pertumbuhan Ekonomi Di Bukit Besi Antara Tumpuan Din Adam

BUKIT BESI, 2 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Datuk Din Adam berkata pihaknya akan memberi tumpuan yang menyeluruh berkait soal pembangunan sosial dan ekonomi setempat di kawasan tersebut demi manfaat rakyat. Menurut beliau dengan adanya Universiti Teknologi Mara (UiTM) di kawasan berkenaan sudah pasti ianya mampu menjana limpahan ekonomi dengan sebaiknya kepada masyarakat […]

» Read more

PRN: Puteri UMNO Guna Pendekatan Mesra Media Sosial Sepanjang Kempen

KUALA KRAI, 2 Ogos – Puteri UMNO menggunakan pendekatan ‘Mesra Media Sosial’ sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini yang membabitkan enam negeri. Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata pendekatan itu dilihat sangat berkesan seiring dengan teknologi terkini seperti aplikasi TikTok, Instagram dan Facebook untuk mendekatkan diri calon serta parti dengan pengundi […]

» Read more

Perjumpaan Anwar Dengan MIC Jelas Kebersamaan Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Perjumpaan khas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan MIC Kebangsaan hari ini menunjukkan kebersamaan dan solidariti dalam kalangan parti di bawah Kerajaan Perpaduan dan Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada pertemuan itu, MIC juga menyatakan pandangan dan hasrat bagi menjayakan agenda Kerajaan Perpaduan serta menunjukkan […]

» Read more

DUN Pantai Merdeka: Isu Membelenggu Nelayan Teluk Bayu Dapat Perhatian Kak Wan

PANTAI MERDEKA, 2 Ogos – Isu yang membelenggu nelayan di Teluk Bayu, Kampung Bukit Kechik di sini mendapat perhatian calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Merdeka, Wan Mohalina Wan Mohammad. Wan Mohalina berkata permasalahan utama yang dihadapi mereka adalah apabila jeti nelayan hanya boleh diakses melalui jalan persendirian dan tambah memeritkan dikenakan bayaran yang agak tinggi […]

» Read more

Rakyat Negeri Sembilan Masih Ingat Jasa, Perjuangan UMNO/BN – Jalaluddin

SEREMBAN, 2 Ogos – Rakyat Negeri Sembilan masih mengingati kegemilangan UMNO/Barisan Nasional (BN) ketika memegang tampuk pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias. Katanya, perkhidmatan terbaik itu terus disambung Pakatan Harapan (PH) selepas kemenangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Negeri Sembilan ini yang cantiknya adalah khidmat dan jasa, BN sewaktu pegang […]

» Read more

Noorazli Iltizam Realitikan Tujuh Inisiatif Untuk Warga Dengkil

SEPANG, 2 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil mengajak pengundi untuk teruskan tekad bersama Kerajaan Perpaduan bagi memastikan iltizam dan perancangan pembangunan yang telah digariskan dapat dilaksana dengan lancar. Katanya, manifesto yang telah diumumkan untuk rakyat Selangor adalah perancangan tawaran terbaik dalam pembangunan selain beliau sendiri mempunyai tekad sebagai iltizam untuk warga Dengkil. “Sebagai […]

» Read more

Ahmad Said Harap Rakyat Terengganu Sedia Lakukan Perubahan, Cukup-cukuplah Dengan Pas

KEMAMAN, 2 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sedia melakukan perubahan pada 12 Ogos nanti dalam usaha menolak Pas sebagai peneraju kerajaan negeri setelah sepenggal sebagai pemerintah. Menurut beliau yang juga calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, tidak ada apa yang dilaksanakan oleh Pas termasuklah soal peluang pekerjaan […]

» Read more
1 656 657 658 659 660 2,036