Bung Ingatkan Rakyat Kedah Pilih Pemimpin Yang Berwibawa Bukan Pemimpin Seperti Raja Lawak

KEDAH, 9 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa pengundi di negeri ini agar memilih calon yang dapat mewakili suara rakyat, bukan individu yang hanya tahu bercakap kasar, biadap dan lawak berlebihan umpama peserta Raja Lawak tanpa sebarang hala tuju jelas untuk membawa kemakmuran dan kesejahteraan. Katanya pilihan raya enam buah negeri pada 12 […]

» Read more

Angkat Seri Menanti Sebagai Hub Pelancongan Adat Perpatih – Sufian

KUALA PILAH, 9 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN), Muhammad Sufian Maradzi berazam mahu memanfaatkan Seri Menanti yang sinonim sebagai Bandar Diraja dan Adat Perpatih untuk diangkat sebagai hub pelancongan. Katanya, pelbagai pendekatan akan dilakukan beliau termasuk bekerjasama dengan Muzium Diraja Istana Lama untuk memastikan budaya Adat Perpatih ini terus menjadi sumber warisan dan kebudayaan. “Saya mahu menjadikan kawasan ini […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Tawar Pelbagai Program Pembangunan Orang Asli – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Kerajaan Perpaduan telah menawarkan pelbagai program pembangunan Orang Asli khususnya melibatkan belia agar komuniti itu dapat menikmati kemajuan negara seiring masyarakat lain, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid berkata beliau selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan meneruskan agenda pembangunan memperkasa Orang Asli supaya masyarakat itu dapat terus menikmati […]

» Read more

Perumahan Generasi Baharu Felda, Pembangunan Infrastruktur Keutamaan Mustapha

JEMPOL, 9 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Palong, Mustapha Nagoor menggariskan lima aspirasi yang merangkumi 25 asas perjuangan kepada rakyat sekiranya diberikan mandat pada 12 Ogos ini. Jelas beliau menerusi itu, beberapa perkara menjadi fokus beliau antaranya menambah perumahan untuk generasi baharu Felda. “Di kawasan saya sudah ada Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) tetapi […]

» Read more

Yakin Rakyat Pilih Kerajaan Perpaduan Tadbir Pulau Pinang – Reezal Merican

BERTAM, 9 Ogos –Tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) akan melabuhkan tirai dalam tiga hari lagi, parti-parti yang bertanding giat menjalankan kempen dengan pelbagai gaya, menyantuni pengundi di rumah-rumah, ‘walkabout’ hinggalah taqarrub dan ini tidak terkecuali calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Kata Reezal Merican, beliau yakin pengundi di Bertam […]

» Read more

Strategi Parti Letak Calon Muda Mampu Pengaruhi Undi Anak Muda – Imran

SUNGAI BESAR, 9 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata strategi parti meletakkan calon muda berupaya dalam menarik sokongan golongan itu. Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri berkata untuk itu sayap parti memainkan peranan penting pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini demi memastikan kemenangan berpihak kepada BN […]

» Read more

Kibaran Biru Merah, Harungi Kempen PRN Semarak Semangat Perpaduan Negeri Sembilan

JEMPOL, 9 Ogos – Kibaran bendera biru dan merah menghiasi sepanjang jalan di Palong 2, Jeram Padang sempena mengharungi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN). Ia sekaligus menghangatkan lagi kempen pilihan raya ini yang sudah memasuki hari kesembilan. Para jentera parti difahamkan sudah memasang bendera tersebut sejak hari penamaan calon yang telah diadakan pada 29 Julai lalu. Meskipun perubahan teknologi menyaksikan […]

» Read more

Berbaki Tiga Hari, Bung Moktar Gesa Jentera BN Tingkatkan Kempen Sehingga Hari Terakhir

BAHAU, 9 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu jentera BN melipatgandakan usaha dan kerja sepenuhnya pada masa kempen hanya berbaki tiga hari lagi untuk menentukan semua calon BN/PH menang cemerlang. Bung berkata, jentera BN mesti melipatgandakan usaha dan kerja bagi memastikan kemenangan semua calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) […]

» Read more

Isu Felda Boleh Selesai Di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri, Pusat Yang Sama – Ahmad Shabery

GUA MUSANG, 9 Ogos – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama. Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata situasi yang berlaku di Pahang merupakan satu bukti yang nyata kebersamaan kerajaan pusat dan kerajaan negeri dapat […]

» Read more

Sambutan Luar Biasa Sepanjang Berkempen, Hayazi Harap Beroleh Kemenangan

AYER HITAM, 9 Ogos – Hanya tinggal tiga hari berkempen calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, Hayazi Azizan menzahirkan kesyukuran sepanjang berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengundi. Jelasnya, maklum balas yang diberikan daripada masyarakat di kawasan itu diharap dapat memberikan kemenangan BN pada PRN ini. “Syukur Alhamdulillah mendapat respons yang […]

» Read more
1 645 646 647 648 649 2,037