Bawa Suara Rakyat Perlu Diutama, Berani Berubah Jika Tidak Mahu UMNO Dilupakan – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Mohd Akmal Salleh berkata bahawa ramai yang bercakap mengenai kekalahan UMNO yang besar berbanding dengan kemenangan besar parti lain. Maksud kata beliau, ramai yang masih sayangkan UMNO tetapi tidak percaya pada UMNO. “Tugas pemimpin UMNO kali ini adalah untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO. “Membawa suara rakyat perlu diutamakan […]

» Read more

Kemenangan Parti Kerajaan Perpaduan Di Selangor Bukti Rakyat Iktiraf Kerjasama PH-BN

KLANG, 13 Ogos – Kemenangan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor membuktikan rakyat mengiktiraf kerjasama PH-BN, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata keputusan itu juga menunjukkan kerjasama yang baharu dibentuk itu diterima rakyat untuk diberikan amanah meneruskan pentadbiran kerajaan negeri. “Terima kasih kepada pengundi kerana telah memastikan […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan PH-BN Menang Bergaya, Raih 31 Kerusi Dun Di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 13 Ogos – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mencipta kemenangan bergaya apabila menguasai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun berkata hasil kerja keras dan sokongan padu semua kepimpinan parti, PH berjaya memenangi 17 kerusi sementara BN 14 kerusi meskipun kedua-dua […]

» Read more

BN Kedah Akur, Terima Kekalahan PRN – Mahdzir

ALOR SETAR, 13 Ogos – Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan kekalahan an menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini. Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Perikatan Nasional (PN) yang berjaya membentuk kerajaan negeri. “BN tetap berterima kasih kepada seluruh rakyat Kedah. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima […]

» Read more

PH-BN Bentuk Kerajaan Perpaduan Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 13 Ogos – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang selepas memenangi majoriti dua pertiga iaitu 29 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata dengan kemenangan ini Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri akan dibentuk dan istiadat mengangkat sumpah […]

» Read more

Jalaluddin Ucap Penghargaan Sokongan Rakyat Negeri Sembilan Kepada BN-PH

SEREMBAN, 13 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias merakamkan penghargaan kepada rakyat di negeri ini yang memberikan kepercayaan kepada kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri. Jelas beliau, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini memberikan manifestasi tersendiri kepada BN-PH untuk memberikan khidmat terbaik buat rakyat. “Penghargaan kepada semua pengundi di […]

» Read more

Pasca-PRN: Ahmad Zahid Seru Rakyat Bersatu Hati, Pelihara Perpaduan Demi Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat untuk bersatu hati dan terus bekerja keras untuk memastikan perpaduan dipelihara demi kemakmuran rakyat Malaysia. Ini kerana katanya, Barisan Nasional (BN) bersama rakan-rakan di dalam Kerajaan Perpaduan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang telah diterjemahkan oleh rakyat. “BN bersama rakan-rakan di […]

» Read more

Tok Mat Tepati Ramalan Menang Di Rantau

SEREMBAN, 12 Ogos – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Pertahanan menepati ramalan apabila mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan majoriti 10,280 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, hari ini. Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Timbalan Presiden UMNO itu memperoleh 16,957 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) yang […]

» Read more

Reezal Merican Menang Di Bertam

KEPALA BATAS, 12 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berjaya memperoleh 10,453 undi untuk memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Reezal Merican menang dengan majoriti 2,321 undi. Reezal Merican mengalahkan penyandang kerusi itu Khaliq Mehtab […]

» Read more

PRN: PM Dan TPM Dijadual Bersama Barisan Kepimpinan Untuk Pengumuman Keputusan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bersama barisan kepimpinan Kerajaan Perpaduan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi Majlis Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN). Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, majlis pengumuman tersebut akan dilaksanakan […]

» Read more
1 638 639 640 641 642 2,037