Segala Yang Tak Kena Dengan Kes Najib, Wujud Konflik Kepentingan? – Farhan

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Pengarah Komunikasi Strategi Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Farhan Khairuddin hari ini berkongsi beberapa perkara yang mencurigakan membabitkan kes dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Perkongsian di Facebook beliau itu bagi memberikan pencerahan kepada rakyat berkenaan adanya unsur ketidakadilan dalam perbicaraan Najib termasuk berkenaan konflik kepentingan berkenaan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd […]

» Read more

Rakyat Mahu Kestabilan… UMNO/BN Mampu Pertahan Kerusi DUN Pelangai

KUALA LUMPUR, 20 Sept – UMNO/Barisan Nasional (BN) pasti mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai kerana rakyat setempat mahukan kestabilan dan selari dengan kerajaan negeri dan pusat. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pahang, Nurul Aslina Saman berkata, persiapan jentera sayap dan bahagian-bahagian angkat telah bermula bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai yang akan berlangsung tidak lama […]

» Read more

Isu Palestin: OIC Perlu Beri Tekanan Sistematik, Berterusan Kepada Jenayah Israel – Zambry

NEW YORK, 20 Sept – Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berpendirian bahawa Jawatankuasa Enam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu memberi tekanan yang sistematik dan berterusan kepada Israel atas jenayahnya terhadap kemanusiaan, diskriminasi dan penindasannya kejam serta dasar apartheidnya. Ini kerana katanya, isu Palestin perlulah diperhalusi dengan serius dan pembelaan yang adil perlulah dilakukan. “Isu Palestin sentiasa menjadi […]

» Read more

Malaysia Terus Tarik Pelaburan Asing – Tengku Zafrul

NEW YORK, 20 Sept – Malaysia terus menarik pelaburan besar dari syarikat-syarikat global kerana kestabilan politik semasa, ekosistem rantaian bekalannya yang kukuh dan peranan penting yang dimainkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China turut menguntungkan negara-negara anggota ASEAN, dengan beberapa […]

» Read more

Khaled Harap Pertemuan Bersama Tsinghua Universiti Dapat Beri Impak Signifikan Kepada Sektor Pendidikan Negara

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap agar kunjungan hormat Tsinghua University dapat memberikan impak yang signifikan dan dapat menyumbang kepada usaha memartabatkan sektor pendidikan tinggi negara. Jelasnya, pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi kedua-dua buah negara memandangkan institusi tersebut merupakan antara yang terbaik di dunia dan asia. “Menerima […]

» Read more

PRK DUN Pelangai: BN Umum Calon, Lancar Jentera Parti Hari Ini

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon bertanding bagi mempertahankan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini. Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan berkaitan hal terbabit menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya. “Barisan Nasional akan mengadakan Majlis Pelancaran Jentera dan Majlis Pengumuman Calon bagi […]

» Read more

Kes Ahmad Zahid Bukan Satu-Satunya Kes DNAA

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau tidak campur tangan dalam keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sebaliknya Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat oleh Peguam Negara ketika itu Tan Sri Idrus Harun selaras dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa Peguam Negara dalam menjalankan […]

» Read more

Kerjasama BN-PH Semakin Kukuh, Kita Perlu Terus Konsisten Yakinkan Rakyat – Lokman Adam

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Para pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu terus konsisten untuk meyakinkan rakyat mengenai kerjasama BN-Pakatan Harapan (PH) yang semakin kukuh. Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata, ramai khuatir akan masa depan kerjasama ini khususnya terhadap sokongan orang Melayu yang dilihat belum bersedia untuk menerima sepenuhnya. “Setakat ini alhamdulilah saya nampak semakin hari, semakin […]

» Read more

Khidmat Bakti Berterusan Muhammad Sufian Untuk Rakyat DUN Seri Menanti

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi meneruskan politik khidmat bakti beliau dengan menyantuni rakyat setempat. Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau memaklumkan bersama dengan penduduk Kampung Buyau untuk melakukan aktiviti gotong-royong. Muhammad Sufian seterusnya ke lokasi yang menjadi aduan masyarakat akibat kerosakan jalan. “Menyantuni jemputan Program Gotong Royong Anak Kampung Buyau di Surau […]

» Read more

Kekalkan BN Di Pelangai, Jangan Pilih Pemimpin Yang Banyak Alasan – Tengku Hafiz

BENTONG, 19 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Muhammad Hafiz Tengku Adnan menyeru para pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai untuk terus mengekalkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan pada 7 Okt nanti. Katanya, amat penting sokongan kepada wakil rakyat dilaksana selari dengan kerajaan negeri dan pentadbiran Persekutuan agar kesinambungan perancangan […]

» Read more
1 601 602 603 604 605 2,035