Hentikan Naratif Sempit ‘Parti Malaya’ Atau ‘Parti Lokal’

KOTA BELUD, 8 April – Naratif sempit seperti ‘parti Malaya’ atau ‘parti lokal’ perlu dihentikan, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Belud Samri Moksan. Menurutnya, Negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia adalah tonggak Persekutuan Malaysia yang harus bersatu di bawah semangat perpaduan. “Segelintir pihak terus memanipulasi pemikiran rakyat demi kepentingan politik jangka pendek. “Rakyat Sabah tidak harus dijadikan mangsa permainan […]

» Read more

Mengangkat TVET Sebagai Pemacu Kesejahteraan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 April – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi dianggap sebagai laluan kedua, sebaliknya kini diangkat sebagai pemacu utama dalam menjana kesejahteraan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Presiden UMNO yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET) berkata, TVET berperanan penting […]

» Read more

Tarif Baharu Amerika Syarikat: Apa Maknanya Untuk Rakyat Malaysia?

Pengumuman Mengejut dari Washington Pada 3 April 2025, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pelaksanaan dasar perdagangan baharu yang menyaksikan pengenaan tarif sebanyak 24% ke atas kebanyakan produk import dari Malaysia, berkuat kuasa mulai 9 April. Langkah ini merupakan sebahagian daripada kempen perdagangan yang lebih luas di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA), di mana tarif dikenakan terhadap negara-negara […]

» Read more

SWP Komited Membantu Mangsa Tragedi di Putra Heights – Dr Masliha Harun

KUALA LUMPUR, 8 April – Dalam kesibukan umat Islam membuat persiapan Aidilfitri, Sekretariat Wanita Profesional (SWP) membuktikan komitmen luar biasa dengan segera tampil membantu mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights yang berlaku pada 1 April lalu. Pengerusinya, Dr. Masliha Harun berkata, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Masjid Putra Heights. […]

» Read more

Tiada Kompromi, Tiada Tempat Untuk Pembuli… Dr Asyraf Tegas Tiada Peluang Kedua

KUALA LUMPUR, 8 April – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi dan tiada tempat untuk pembuli di mana-mana Institut Pendidikan MARA (IPMA). Dr Asyraf juga tidak bersetuju jika mereka yang terlibat dalam aktiviti buli diberikan peluang kedua kerana dari awal diamanahkan sebagai Pengerusi MARA, beliau berulang kali mengingatkan dan tegas dengan prinsip #YouTouchYouGo. […]

» Read more

Ayer Kuning Tetap Kubu Kuat BN Walau Dilanda Tsunami Politik – Saarani

TAPAH, 8 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai benteng kukuh BN yang tidak pernah goyah meskipun negara beberapa kali dilanda gelombang perubahan politik. Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata pengundi Ayer Kuning sentiasa konsisten dalam membuat pilihan dan memilih wakil rakyat daripada parti yang […]

» Read more

Noraini Ucap Selamat Bersidang Kepada Seluruh Keluarga Besar UMNO

KUALA LUMPUR, 8 April 2025 – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad merakamkan ucapan Selamat Bersidang kepada seluruh ahli UMNO termasuk Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri sempena Persidangan UMNO Cawangan 2025 yang sedang berlangsung di seluruh negara. Dalam kenyataannya, beliau menyeru agar persidangan kali ini dijadikan sebagai medan terbaik untuk memperkukuhkan perjuangan parti, mempereratkan ukhuwah dalam […]

» Read more

Mohd Zaidy Sifatkan Dr Ustaz Yusri Figura Berwibawa Untuk Rakyat DUN Ayer Kuning

KUALA LUMPUR, 8 April – Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) dan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning telah berlangsung semalam di Dewan Orang Ramai Temoh, Tapah disertai kehadiran pimpinan utama serta jentera parti dari seluruh negara. Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr. Ustaz Mohamad Yusri Bakir, 54, diumumkan sebagai calon BN bagi PRK yang akan berlangsung pada 26 […]

» Read more

Manfaatkan Persidangan Untuk Selami Cabaran Semasa Parti – MKT UMNO

KUALA LUMPUR, 8 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mengucapkan selamat bersidang kepada perwakilan UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara. Menurut beliau persidangan yang bermula 7 April sehingga 25 Mei depan adalah platform sebaiknya dalam usaha memastikan parti terus mengorak langkah ke depan berasaskan realiti politik semasa. “Persidangan tahunan tentunya […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: Tugas Kita Adalah Bekerja Sebaik Mungkin – Tok Mat Hasan

TAPAH, 8 April – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan para pemimpin dan jentera untuk bekerja sebaik mungkin bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, terdapat 31,000 orang pengundi di kawasan tersebut yang perlu disantuni sebaiknya. “Alhamdulilah, Menteri Besar merangkap […]

» Read more
1 600 601 602 603 604 2,476