Malaysia Sedia Kongsi Pengalaman Pembangunan Luar Bandar Dengan Timor-Leste

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Malaysia komited untuk berkongsi pengalaman dalam aspek pembangunan kawasan luar bandar dengan Timor-Leste selaku negara anggota ASEAN yang baharu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Malaysia bersedia menjalin kerjasama dengan menempatkan pegawai dari Timor-Leste, khususnya di kementerian itu, bagi tempoh tertentu […]

» Read more

Pelaburan Pembangunan RDCI Demi Masa Depan – Hasni

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad menyifatkan Belanjawan 2026 memperlihatkan langkah berani kerajaan ke arah kestabilan dan kecekapan fiskal. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Benut berkata melalui pendekatan ini ia sekaligus mengurangkan defisit, menutup ketirisan, dan mengoptimumkan perbelanjaan negara. Bagaimanapun Hasni mengingatkan supaya perbelanjaan pembangunan negara tidak sekadar bertahan. “Persoalan […]

» Read more

Johor Catat Sejarah, Negeri Pertama Diiktiraf Smart State Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Negeri Johor sekali lagi membuktikan kecemerlangan kepimpinannya apabila mencatat sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia diiktiraf sebagai Smart State, hasil kejayaan kesemua 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mencapai sekurang-kurangnya Tahap 1 – Smart City Early Adopter dalam penarafan Bandar Pintar Malaysia. Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata kejayaan luar biasa ini […]

» Read more

ASEAN 2025 Bukti Malaysia Dihormati Dalam Arena Antarabangsa – Mohd Isam

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa merakam ucapan tahniah buat seluruh pimpinan kerajaan atas kejayaan negara selaku Pengerusi ASEAN 2025. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tampin berkata, kesungguhan Kerajaan yang telah memanfaatkan pentas diplomatik dengan menyatakan pendirian Malaysia secara terus kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap isu-isu keamanan dan kemanusiaan, termasuklah […]

» Read more

Politik Perlu Menyatukan, Bukan Memisahkan – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Politik seharusnya menjadi medium untuk menyatukan rakyat, bukan memisahkan antara satu sama lain, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh. Beliau berkata, UMNO tidak pernah menghalang mana-mana ahlinya untuk berjumpa atau berhubung dengan individu yang telah digantung atau dibuang daripada parti, termasuk dalam aktiviti sosial seperti bersukan. “UMNO bukan setakat tidak […]

» Read more

Malaysia Alu-alukan New Zealand Sertai Majlis Halal ASEAN Yang Bakal Ditubuhkan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengalu-alukan kesediaan New Zealand untuk menyertai Majlis Halal ASEAN yang akan ditubuhkan tidak lama lagi, sekaligus menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam industri halal global. Berucap pada acara Diplomasi Halal yang dianjurkan oleh New Zealand, Ahmad Zahid berkata industri halal tidak terhad […]

» Read more

Mohd Azmawi Turun Padang, Dekati Rakyat Nenggiri

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani giat turun padang untuk mendekati masyarakat dan mendengar keluhan rakyat di kawasan tersebut. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara untuk Program Solat Hajat bersempena Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung. “Pada pagi Isnin, saya […]

» Read more

Puteri UMNO Tawau Perkukuh Jentera Akar Umbi Hadapi PRN Sabah

TAWAU, 28 Okt – Puteri UMNO Bahagian Tawau terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh kesiapsiagaan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan menganjurkan Bengkel Sistem Informasi Jentera Rakyat (SIJR) yang berlangsung di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) iaitu Ranggu, Andrassy dan Kinabutan. Ketua Puteri UMNO Bahagian Tawau, Noratika Awang, berkata penganjuran bengkel ini merupakan antara usaha berterusan untuk memperkemas […]

» Read more

KESUMA Fokus TVET Melalui Akademi Dalam Industri – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yakin Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) akan membawa perubahan struktur melalui reformasi pasaran buruh bagi mewujudkan ekosistem pekerjaan yang dinamik, berdaya saing dan mampan. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, RMK-13 mensasarkan peningkatan 70 peratus guna tenaga penuh berkaitan kemahiran menjelang 2030 dan 60 peratus lepasan Sijil […]

» Read more

Libat Urus Berterusan, Isu Rakyat Tidak Diabaikan – Rais

Melaka, 28 Okt – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) terus memberi impak positif dalam usaha mengenal pasti isu setempat serta merangka penyelesaian terbaik demi kepentingan penduduk, khususnya melibatkan hal ehwal perumahan, kerajaan tempatan dan saliran di negeri ini. EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin, berkata WRUR bukan sekadar platform […]

» Read more
1 408 409 410 411 412 2,530