Siti Aminah Gesa Kerajaan Tangani Isu Pan Borneo, Banjir

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching meminta Kementerian Kerja Raya (KKR) mengambil langkah konkrit bagi memastikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A, khususnya pakej WP02 Kampung Melalia–Beaufort, dapat disiapkan lebih awal daripada sasaran Mei 2028. Beliau berkata perkara itu penting memandangkan rakyat Beaufort telah menunggu sekian lama untuk menikmati manfaat projek berkenaan, selain […]

» Read more

PRN Melaka: Tolak Politik Kebencian, Hasutan Dan Fitnah

MELAKA, 7 Okt — Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menyeru semua parti politik dan jentera pilihan raya supaya menghindari kempen berunsur kebencian, hasutan serta fitnah sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, proses demokrasi perlu berlangsung dalam suasana aman, harmoni dan matang tanpa mana-mana pihak menggunakan politik kebencian […]

» Read more

Laporan Ketua Audit Negara: Mohd Isam Bangkit Empat Isu Pengurusan Kewangan Negara

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Empat isu utama berkaitan pengurusan kewangan negara dibangkitkan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, ketika membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 di Dewan Rakyat. Isu berkenaan meliputi peningkatan liabiliti Kerajaan Persekutuan, tunggakan Akaun Belum Terima (ABT), Pinjaman Boleh Dituntut serta pengurusan Wang Pendahuluan Kontraktor. Mengenai liabiliti Kerajaan Persekutuan, Mohd Isam berkata prestasi […]

» Read more

Kesedaran Dalam Kalangan Pelajar Mengenai Kewujudan Tribunal Antibuli – Azalina

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kesedaran mengenai kewujudan Tribunal bagi Antibuli (TAB) sebagai saluran khusus untuk menangani kes buli membabitkan kanak-kanak dan remaja perlu dipertingkatkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata perkara itu penting bagi memastikan mangsa buli mengetahui terdapat saluran alternatif untuk membuat aduan sekiranya pihak sekolah tidak […]

» Read more

Sena Specialist Hospital Perkukuh Akses Kesihatan Rakyat Bentong

BENTONG, 7 Okt – Kewujudan Sena Specialist Hospital Bentong mampu memperkukuh akses masyarakat setempat kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti menerusi penyediaan pelbagai kepakaran dan kemudahan diagnostik moden. Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Dewan Negara merangkap Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Senator Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh menerusi lawatan rasmi ke hospital berkenaan, di sini, semalam. Mohamad Zaini berkata, perkembangan perkhidmatan kesihatan […]

» Read more

PRN Melaka: UMNO Tangga Batu Rapatkan Saf, Perkukuh Jentera

MELAKA, 7 Okt – UMNO Bahagian Tangga Batu memberi tumpuan kepada usaha memperkemas gerak kerja dan memperkukuhkan kesiapsiagaan jentera akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin berkata, penekanan itu diberikan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Tangga Batu malam tadi. Beliau berkata, mesyuarat berkenaan bukan sekadar medan menyemak […]

» Read more

RM33 Juta Diperuntuk Baiki Jalan Persekutuan Kelantan

KUALA LUMPUR, 7 Okt –  Sebanyak RM33 juta diperuntukkan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan Jalan Persekutuan di Kelantan menerusi Program Memperkasa Kontraktor Kelas G1 hingga G4. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata peruntukan itu merupakan sebahagian daripada RM157.15 juta yang disediakan bagi Zon Tengah Timur melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Menurut beliau, peruntukan RM33 juta bagi […]

» Read more

Bersiap Menghadapi Fasa Peralihan Monsun

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika Malaysia memasuki Fasa Peralihan Monsun. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, fasa berkenaan lazimnya membawa perubahan cuaca dengan cepat termasuk ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang singkat. “Dalam keadaan ini, keselamatan […]

» Read more

PRN Melaka: 14 November Hari Pengundian, Penamaan Calon 31 Oktober

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. SPR turut menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari. Sementara itu, 10 November ditetapkan sebagai hari pengundian awal bagi PRN Melaka Ke-16. Terdahulu SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini membincangkan […]

» Read more

‘Jadikan Pengajaran … Berbeza Pendapat Tidak Ada Masalah, Tetapi Jangan Hina’

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh, memilih untuk memaafkan individu yang sebelum ini didakwa menuduh beliau mencuri dan menggunakan wang tersebut untuk membantu masyarakat. Akmal berkata, individu berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan beliau menerima permohonan tersebut dengan hati terbuka. Menurutnya, isu berkenaan seharusnya menjadi pengajaran kepada semua agar […]

» Read more
1 … 39 40 41 42 43 … 2,516