Bersiap Menghadapi Fasa Peralihan Monsun

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika Malaysia memasuki Fasa Peralihan Monsun.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, fasa berkenaan lazimnya membawa perubahan cuaca dengan cepat termasuk ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang singkat.

“Dalam keadaan ini, keselamatan rakyat perlu sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menyeru orang ramai agar sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca serta mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya ketika berlaku ribut petir.

“Elakkan berada di kawasan lapang, jauhkan diri daripada struktur tinggi, pokok dan kawasan takungan air serta segera berlindung di tempat yang selamat.”

Beliau turut berharap agar semua pihak terus berwaspada dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan perubahan cuaca.

“Utamakan keselamatan. Sentiasa bersedia,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO