‘Jadikan Pengajaran … Berbeza Pendapat Tidak Ada Masalah, Tetapi Jangan Hina’
KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh, memilih untuk memaafkan individu yang sebelum ini didakwa menuduh beliau mencuri dan menggunakan wang tersebut untuk membantu masyarakat.
Akmal berkata, individu berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan beliau menerima permohonan tersebut dengan hati terbuka.

Menurutnya, isu berkenaan seharusnya menjadi pengajaran kepada semua agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan, khususnya di media sosial.
“Berbeza pendapat tidak ada masalah. Saya boleh terima apa jua kritikan, tetapi jangan membuat tuduhan sesuka hati tanpa fakta,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa usaha membantu masyarakat tidak seharusnya dihina atau dipandang serong hanya kerana wujud perbezaan pandangan.
“Jika kita tidak boleh buat baik, jangan hina orang yang buat baik pada masyarakat.”
Akmal berkata, beliau tidak mahu perkara tersebut dipanjangkan selepas permohonan maaf dibuat dan memilih untuk memaafkan individu terbabit.
Namun, beliau berharap kejadian itu menjadi peringatan kepada semua supaya tidak mudah membuat tuduhan yang boleh mencalarkan maruah seseorang.
“Boleh kritik, boleh berbeza pandangan, tetapi biarlah berdasarkan fakta. Jangan sampai perbezaan pendapat menyebabkan kita menuduh dan menghina orang lain,” katanya.
Beliau berharap insiden berkenaan menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya lebih berhemah dalam menggunakan media sosial, selain mengamalkan budaya menegur berdasarkan fakta dan bukan tuduhan.

“Saya sudah maafkan. Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita semua.”
Terdahulu, seorang individu bernama Shafii Halid telah membuat hantaran di media sosialnya yang mengundang tindakan dari Akmal agar membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh dua jam selepas hantaran tersebut diterbitkan.
Jika tiada permohonan maaf dibuat dalam tempoh berkenaan, Akmal memberi bayangan bahawa perkara itu akan dibawa ke mahkamah. – UMNO Online
