Mesyuarat MIP: Semoga Segala Keputusan Diterjemah Pelaksanaan Nyata – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap agar segala keputusan yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Industri Pertahanan (MIP) dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan nyata. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan beliau telah Mempengerusikan Mesyuarat MIP Bil. 2/2025 di Wisma Pertahanan pada Selasa. “Mempengerusikan Mesyuarat MIP Bil. 2/2025 di […]

» Read more

Harun Durabi Prihatin Mangsa Kebakaran, Tegaskan Komitmen Untuk Rakyat

KUDAT, 17 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka, Datuk Harun Durabi, menunjukkan keprihatinannya terhadap masyarakat selepas kebakaran yang berlaku di Asrama Desa SK Pinapak pada Jumaat lalu. Dalam lawatan ke lokasi kejadian, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kudat telah meninjau sendiri kesan kebakaran dan bertemu mangsa bagi memberi sokongan serta menghulurkan bantuan segera. Beliau menegaskan, tanggungjawab wakil […]

» Read more

Norshida Tekankan Pentingnya Pendidikan Awal Dalam Pembentukan Generasi Masa Hadapan

SEGAMAT, 17 Dis – Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim, menegaskan bahawa pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas paling penting dalam membentuk masa depan generasi akan datang, selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak mulia. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Hari Apresiasi Tabika, Taska dan IQFA KEMAS Segamat 2025, yang menghimpunkan para pendidik, ibu […]

» Read more

Tujuh Menteri, Lapan Timbalan Menteri Selesai Angkat Sumpah

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Sebanyak tujuh menteri termasuk dua yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini, susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu, yang […]

» Read more

Jafry Ariffin Yakin Pelancongan Sabah Terus Berkembang Secara Mampan

KOTA KINABALU, 17 Dis – Industri pelancongan Sabah terus mencatatkan prestasi memberangsangkan apabila merekodkan nilai RM13.7 bilion pada tahun 2024, sekali gus menyumbang 12 peratus kepada ekonomi negeri dan menyediakan sebanyak 387,600 peluang pekerjaan. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Ariffin berkata, pencapaian itu berdasarkan data Akaun Satelit Pelancongan Wilayah […]

» Read more

Johor Dalam Keadaan Amaran Hujan Berterusan, Kerajaan Negeri Tingkat Kesiapsiagaan

JOHOR BAHRU, 17 Dis – Kerajaan Negeri Johor menggesa seluruh rakyat agar meningkatkan tahap kewaspadaan susulan situasi Amaran Hujan Berterusan yang sedang melanda negeri ini sehingga 18 Disember 2025, berdasarkan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa amaran cuaca tersebut melibatkan dua tahap, iaitu Tahap […]

» Read more

Rombakan Kabinet: Dr Asyraf Ucap Tahniah, Tegaskan Ia Amanah Besar

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan tahniah kepada barisan jemaah yang baru diumumkan pada Selasa dan menegaskan ia adalah sebuah amanah besar. Beliau yang juga Pengerusi MARA turut berkata, pelantikan tersebut bukanlah satu bentuk kemasyhuran ataupun ‘tashrif’ untuk dibanggakan. “Tahniah kepada barisan Jemaah Menteri yang baharu. Beringat selalu bahawa ia adalah amanah […]

» Read more

PRK Kinabatangan-Lamag: UMNO Sabah Bincang Dengan Parti Dalam Kerajaan Negeri

KOTA KINABALU, 17 Dis – UMNO Sabah mahu mengadakan rundingan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang akan diadakan pada bulan hadapan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata perbincangan itu penting memandangkan UMNO adalah sebahagian daripada parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah bersama-sama dengan […]

» Read more

Rombakan Kabinet: Kesinambungan Dasar Bina Negara Makmur, Stabil – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Kesinambungan dasar serta semangat kebersamaan dalam Kabinet menjadi kunci utama bagi memastikan matlamat membina negara yang lebih makmur, stabil dan sejahtera untuk semua rakyat Malaysia dapat direalisasikan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan terus memperkukuh […]

» Read more
1 … 396 397 398 399 400 … 2,518