Kursus Ditawarkan TVET Bersesuaian Pasaran Guna Tenaga – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara merentasi 12 kementerian dan sebanyak 1,345 institut TVET di seluruh negara, kerajaan serta swasta dengan RM6.8 bilion dibelanjakan untuk mengendali TVET ini. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, kos yang dikeluarkan amat efektif dan […]

» Read more

Peluang Terbaik Rampas Kerusi DUN Sungai Bakap – Imran Tamrin

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Datuk Imran Tamrin berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap merupakan peluang terbaik kerajaan merampas kembali kawasan tersebut. Jelasnya, pada 6 Julai depan rakyat perlu memilih calon Kerajaan Perpaduan agar segala perancangan kerajaan negeri dan pusat dapat dilaksanakan dan seterusnya memberi manfaat kepada […]

» Read more

Pengorbanan Wanita Diiktiraf, Jasa Khidmat Bakti Kepada Negara Dan Keluarga

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyifatkan peranan wanita tidak boleh dipertikaikan sebagai individu penting dalam memberikan sumbangan khidmat kepada keluarga dan negara. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian sebagai meraikan anugerah tokoh wanita yang diberikan meliputi kepelbagaian latar belakang. Anugerah itu dianjurkan khas pada Mesyuarat […]

» Read more

Kehadiran Perwakilan Di Luar Jangkaan Bukti UMNO Sepanggar Terus Utuh

SEPANGGAR, 25 Jun – Kehadiran perwakilan daripada cawangan UMNO bahagian Sepanggar pada mesyuarat bahagian Sabtu lalu membuktikan akar umbi parti berkenaan terus bersemangat menabur khidmat bakti kepada parti dan masyarakat. Ketua UMNO Sepanggar, Datuk Yaakub Khan berkata kehadiran di luar jangka itu amat membanggakan dan itulah bukti UMNO Sepanggar terus utuh dalam usaha memastikan parti terus mengorak langkah ke depan. […]

» Read more

UMNO Mampu Rampas Kembali Kerusi Yang Terlepas Ke Pembangkang

BUKIT GANTANG, 25 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata UMNO mampu merampas kembali kerusi yang dimenangi pihak pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Katanya, setiap jentera parti perlu berusaha keras bermula sekarang dan syarat utama dalam memastikan kemenangan adalah mesti bersatu padu serta tidak boleh berpecah-belah. “Syaratnya kita tidak boleh berpecah, […]

» Read more

UiTM Berperanan Penting Lahir Golongan Profesional, Teknokrat Bumiputera – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Universiti Teknologi Mara (UiTM) berperanan penting bagi membantu kerajaan merealisasikan sasaran melahirkan 51 peratus golongan profesional dan teknokrat dalam kalangan Bumiputera. Memetik laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu perlu, memandangkan tidak ada satu bidang profesional dan teknikal yang Bumiputera telah mencapai kadar peratusan berkenaan. […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Buat Pilihan Tepat, Pilih Wakil Rakyat Terbaik – Rashidi

NIBONG TEBAL, 24 Jun – Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Rashidi Zinol menyeru rakyat di Sungai Bakap membuat pilihan tepat dengan memilih wakil rakyat yang terbaik sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bakal berlangsung pada 6 Julai nanti. Jelasnya, sekiranya rakyat memilih untuk mengekalkan Perikatan Nasional (PN) untuk kawasan tersebut, sudah semestinya permasalahan […]

» Read more

Jelajah Penerangan Mampu Yakinkan Akar Umbi UMNO Tidak Pernah Lari Daripada Prinsip Perjuangan

BUKIT GANTANG, 24 Jun – Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berpendapat Jelajah Penerangan UMNO Malaysia merupakan antara satu medium terbaik dalam meyakinkan ahli di peringkat akar umbi mengenai keputusan parti dalam sesuatu perkara. Katanya, sudah pasti setiap keputusan yang diambil oleh pucuk pimpinan UMNO akan diperhalusi dan dipastikan selaras dengan prinsip perjuangan parti. “Ini program yang […]

» Read more

Subsidi Diesel: Kerajaan Perlu Tingkat Komunikasi, Penerangan Kepada Rakyat – Aswad

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Presiden UMNOSiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Aswad Abdullah berharap agar penyasaran subsidi diesel yang diumumkan oleh kerajaan akan dapat menjimatkan kos kerajaan. Menurut beliau, walaupun dapat menjimatkan tetapi pihak kerajaan dilihat mengumumkan penyasaran diesel dengan tergesa-gesa dan penerangan tidak sampai ke rakyat. “Saya yakin rakyat akan berasa lega jika benar penjimatan mampu dibuat oleh […]

» Read more

Kerajaan Malaysia Bertegas Semua Award Dikeluar Dr Stampa Langgar Prinsip Polisi Awam Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Kerajaan Malaysia bertegas bahawa semua award yang dikeluarkan oleh Penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa telah melanggar prinsip polisi awam antarabangsa, khususnya kerana ia melibatkan pelanggaran prinsip diplomatic immunity, jurisdictional immunity and sovereignty. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said juga memaklumkan bahawa Mahkamah Rayuan Perancis telah membuat […]

» Read more
1 384 385 386 387 388 2,037