Tidak Rasmi : BN Dijangka Kekal Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Barisan Nasional (BN) dijangka mengekalkan  kemenangan dalam keputusan tidak rasmi bagi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 12,426 undi selepas 111 daripada 119 saluran selesai dikira. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di laman Facebooknya. Menurut beliau, BN turut mencatat kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan […]

» Read more

PRK Lamag Catat 44.50 Peratus Keluar Mengundi Setakat 1 Tengah Hari – SPR

KINABATANGAN, 24 Jan – Sebanyak 44.50 peratus atau 6,014 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag setakat 1 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mengikut pecahan daerah mengundi, Lamag mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 66.08 peratus, diikuti Balat (59.05 peratus), Buang Sayang (47.14 peratus), Bukit Garam (45.09 peratus), Usaha […]

» Read more

Dakwaan ADUN Pembangkang Tiada Peruntukan Adalah Tidak Benar – MB Perak

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan, kesemua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada kerajaan mahupun pembangkang di Perak menerima agihan peruntukan bulanan yang sama, iaitu sebanyak RM10,000 sebulan yang disalurkan melalui Pejabat Pusat Khidmat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Tambahnya, Kerajaan negeri turut menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM20,000 atau […]

» Read more

Musyawarah Nasional Langkah Tepat Perkasa Agenda Melayu – Rozabil

KUALA LUMPUR, 24 Jan – UMNO Perlis menyifatkan Musyawarah Nasional sebagai satu langkah tepat, berani dan berpandangan jauh dalam usaha memperkasa serta membina semula kekuatan politik, ekonomi dan sosial orang Melayu di negara ini. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul Rahman, berkata keputusan berkenaan yang dibuat menerusi Perhimpunan Agung UMNO 2025 jelas membuktikan kesungguhan parti dalam meneruskan perjuangan berasaskan prinsip asal membela […]

» Read more

PRK Kinabatangan : Dua Calon Selesai Mengundi Setakat 9 Pagi

KINABATANGAN, 24 Jan – Dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing, setakat 9 pagi ini. Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Kurniawan Naim Moktar tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (sK) Bilit pada 8.51 pagi dan selesai mengundi pada 8.58 pagi. Sementara itu, calon Bebas Goldam Hamid pula melaksanakan tanggungjawab mengundi di […]

» Read more

36 Pusat Mengundi PRK Kinabatangan, Lamag Dibuka

KINABATANGAN, 24 Jan – Sebanyak 36 pusat pengundian dengan 117 tempat mengundi atau saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dibuka serentak pada 7.30 pagi ini. Kesemua pusat mengundi berkenaan dibuka hingga 5.30 petang dan menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak dua pusat mengundi ditutup pada 12 tengah hari, manakala 34 pusat mengundi […]

» Read more

UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar

KUALA LUMPUR, 23 Jan — UMNO menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) yang dijadualkan sebelum ini di Parlimen. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pendirian parti itu jelas bahawa UMNO tidak menentang pembangunan bandar, namun menegaskan RUU URA perlu diperbaiki dan ditambah baik sebelum dibentangkan semula. Menurut […]

» Read more

PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan

KINABATANGAN, 23 Jan – Kerajaan sentiasa komited menyantuni masyarakat desa dan meletakkan kesejahteraan rakyat luar bandar sebagai tanggungjawab nombor satu. Pengerusi RISDA, Mandzri Nasib berkata, komitmen itu dizahirkan menerusi penganjuran bersama RISDA, FELCRA dan MARA dalam satu pertemuan bersama Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW di Kinabatangan, yang bertujuan menyantuni rakyat, mendengar permasalahan setempat serta menzahirkan tekad Kerajaan untuk […]

» Read more

Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Konsep Rumah Bangsa yang lahir daripada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 lalu perlu disambut dengan hati terbuka oleh semua pihak dengan mengenepikan fahaman politik kepartian. Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain berkata, PAU 2025 itu berjaya menetapkan satu hala tuju baharu parti termasuklah mengenai isu kebersamaan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam […]

» Read more

PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan

KINABATANGAN, 23 Jan – Timbalan Pengerusi Sekretariat Wanita Profesional (SWP), Dr. Sabrina Mohammad berkata pelaksanaan inisiatif khidmat perubatan komuniti berimpak tinggi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag membuktikan komitmen berterusan Wanita UMNO dalam mendekati rakyat, khususnya komuniti luar bandar dan pedalaman. Menurutnya, program yang dianjurkan oleh Wanita UMNO Negeri Sabah dengan kerjasama SWP itu melibatkan beberapa kawasan termasuk […]

» Read more
1 286 287 288 289 290 2,527