Bersabar dan Berdoa Negara Pulih Dari Wabak COVID-19 – Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat bersabar dan terus berdoa agar negara pulih segera dari wabak COVID-19. “Berada di rumah akan dapat memutuskan rantai penyebaran virus corona. Bersabarlah dan berdoa agar negara kita pulih segera daripada wabak ini,” katanya. Sebelum itu beliau melahirkan penghargaan terhadap sikap masyarakat Telugu yang kali ini […]

» Read more

Peruntukan Terbesar Pakej COVID-19 Sabah Tidak Tepati Sasaran – Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berpandangan peruntukan terbesar dalam pakej Bantuan COVID-19 kerajaan Sabah iaitu RM200 juta untuk projek infrastruktur tidak menepati sasaran yang mustahak ketika ini. Bagi beliau, apa yang utama hari ini membantu rakyat negeri itu yang tidak mampu membeli barangan makanan dan yang hilang pendapatan. “Kerajaan negeri Sabah baru […]

» Read more

Segerakan Pakej Rangsangan Ekonomi, Umum Bantuan Sebaik Dipastikan Dan Diluluskan – Najib

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memahami ramai yang akan dukacita dan bertambah risau apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan dua minggu lagi ke 14 April. Dalam satu hantaran di Facebook, Najib menyeru rakyat mempercayai bahawa krisis yang sedang dihadapi oleh negara pada masa ini adalah sangat luar biasa dan tidak pernah […]

» Read more

Kementerian Pertahanan Dan JHEV Percepat Bayaran Elaun Ringankan Beban Veteran ATM

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pertahanan dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM telah berbincang dan bersetuju dengan beberapa keputusan untuk meringankan beban Veteran ATM dalam menghadapi suasana wabak COVID-19. Jelas beliau, keputusan ini diharapkan akan dapat meringankan beban veteran ATM dalam mengharungi saat dan tempoh genting ini. “Kementerian sentiasa prihatin […]

» Read more

Kementerian WP Tampil Inisiatif Wilayah Cakna Bantu Urus Impak Penularan COVID-19

PUTRAJAYA, 25 Mac – Kementerian Wilayah Persekutuan mewujudkan Inisiatif Wilayah Cakna dengan peruntukan RM63.6 juta bagi membantu warga Wilayah Persekutuan menguruskan impak penularan wabak COVID-19. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata sebahagian besarnya iaitu RM54.3 juta adalah untuk membantu golongan miskin bandar, kumpulan B40, pelajar, gelandangan, peniaga kecil dan penjaja. “Sebanyak RM5.9 juta diperuntukkan bagi membantu petugas barisan hadapan yang […]

» Read more

Sambut Baik Lanjutan PKP, Harap Pakej Rangsangan Ekonomi Ringankan Beban Rakyat – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid memuji tindakan kerajaan yang berani membuat keputusan dan mengumumkan lebih awal tentang lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya, langkah tersebut pastinya akan memberikan ruang dan masa untuk rakyat lebih bersedia. “Saya secara peribadi menyambut baik pengumuman ini kerana kesihatan rakyat lebih penting. “Saya sedar ramai yang mengeluh kerana […]

» Read more

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Sehingga 14 April – PM

PUTRAJAYA, 25 Mac – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, demikian diputuskan kerajaan hari ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelanjutan tempoh itu diumumkan lebih awal supaya rakyat akan lebih bersedia. “Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke […]

» Read more

COVID-19: UMNO Sabah Patuh Arahan, Terus Bantu Seupaya Yang Mungkin- Ghazalie

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Pengarah Komunikasi UMNO Sabah, Ghazalie Ansing mengharapkan agar rakyat Malaysia di semua peringkat dapat bekerjasama dan memberikan sokongan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan dalam berdepan wabak COVID-19 serta mematuhi setiap arahan. Katanya, UMNO Sabah juga tidak ketinggalan dalam memberikan bantuan sebagaimana yang dilakukan dengan memberi sumbangan makanan serta peralatan kepada pihak yang memerlukan demi […]

» Read more

COVID-19: Presiden UMNO Saran Kerjasama Awam Dan Swasta Di Saat Genting

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar dalam dalam keadaan kritikal berdepan suasana wabak COVID-19, semua pihak patut memainkan peranan untuk membantu tanpa mengira soal wang atau kos. Katanya, di Malaysia banyak hospital swasta yang mempunyai kemudahan canggih dan khidmat doktor pakar. “Pihak hospital swasta disarankan memainkan peranan dalam tempoh gawat dan […]

» Read more

Ada Yang Ambil Kesempatan, Hari Penjualan Topeng Muka Di Laman Sosial – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menasihati agar rakyat harus berhati-hati penjualan topeng muka di media sosial terutamanya di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp. Katanya, pelbagai iklan dan tawaran termasuk harga murah ditawarkan oleh sindiket penipuan ini yang semakin aktif mengiklankan penjualan produk terbabit semenjak penularan COVID-19. “Sejak penularan wabak COVID-19 […]

» Read more
1 … 2,178 2,179 2,180 2,181 2,182 … 2,526