‘Walkabout’ Calon BN Jadi Sesi Luahan Rasa Tidak Puas Hati Penduduk

SHAH ALAM, 22 Julai – Kehadiran calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam di Giant Jalan Kebun petang tadi ternyata bukan sahaja memberi peluang kepada beliau untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, malah turut membuka ruang kepada penduduk setempat untuk meluahkan perasaan mereka pasca Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Walaupun ‘walkabout’ […]

» Read more

‘LIVE’ Diskusi N49: Dira dan Shahril Hamdan Kupas Isu ‘Janji Dan Orang Muda’

SHAH ALAM, 22 Julai – Ruangan Diskusi N49 malam ini akan mengupas isu ‘Janji dan Orang Muda’ dengan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Khaidirah Abu Zahar (Dira) bersama dengan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan. Dira selaku wanita muda merupakan mantan Exco Pergerakan Puteri UMNO yang lantang bersuara dan berani mengeluarkan idea. Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda […]

» Read more

Golongan Muda Diharap Berfikir Matang Untuk Pilih Wakil Rakyat DUN Sungai Kandis

SHAH ALAM, 22 Julai – Pengundi muda dikatakan banyak mempengaruhi kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya menyemai politik kebencian yang tinggi di hati dan minda mereka. PH berjaya mencorakkan pola pemikiran untuk golongan muda menjalankan tanggungjawab mengundi demi kerana hasrat menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sekaligus menjatuhkan parti yang telah […]

» Read more

PRK Sg Kandis Peluang Rakyat Terjemahkan Ketidakpuasan, Tuntut Kerajaan Tunai Janji – Ahmad Maslan

SHAH ALAM, 22 Julai – Pengundi di Sungai Kandis boleh menterjemahkan ketidakpuasahan hati mereka terhadap kerajaan yang ada hari ini khususnya pasca Pilihan Raya Umum (PRU) sejak 9 Mei dengan membuat pilihan mengundi calon Barisan Nasional (BN), Lokman Noor Adam pada 4 Ogos nanti. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahamd Maslan berkata dengan cara itu tentunya kerajaan negeri serta kerajaan […]

» Read more

Isu Anak Tempatan Tidak Timbul, Siapa Ahli Parlimen Kota Raja? – Calon BN

SUNGAI KANDIS, 22 Julai  – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam berkata  sekiranya pihak lawan memainkan isu bukan calon anak tempatan di PRK ini, seharusnya mereka mempersoalkan dahulu ahli Parlimen Kota Raja yang sudah jelas bukan anak tempatan. Jelas beliau, sebenarnya apa yang lebih penting adalah individu tersebut mampu atau tidak untuk […]

» Read more

Laungan Keramat UMNO-BN “Bangkit” Azimat Tenggelamkan Laungan “Reformasi” PKR

SHAH ALAM, 22 Julai – Laungan “bangkit” penyokong Barisan Nasional (BN) yang lebih mendominasi menenggelamkan laungan “reformasi” penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekaligus menampakkan aura luar biasa BN sewaktu mengiringi calon masing masing bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Seksyen 19 Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam semalam. Pemerhati hal ehwal politik tempatan, Ahmad Fauzi […]

» Read more

Kerajaan Hari Ini Masih Kutip Data dan Fakta Dari ‘Longkang’ – Lokman Adam

SHAH ALAM, 22 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Noor Lokman Adam menyelar barisan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH)sebagai barisan kepimpinan yang tidak mempunyai kredibiliti dan masih lagi berfikiran sebagai pembangkang. Ini memandangkan, menteri-menteri dalam kepimpinan kerajaan hari ini masih lagi mengutip data dan fakta daripada ‘longkang’ sepertimana yang amalan mereka ketika menjadi […]

» Read more

Jawapan Lucu, Tidak Munasabah Menteri Buat Rakyat Makin Kurang Yakin Terhadap Kerajaan

SHAH ALAM, 22 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Ismail Sabri berpandangan bahawa keyakinan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan semakin berkurang ekoran menteri-menteri yang kurang kredibiliti, kekurangan ilmu dan tidak munasabah khususnya apabila memberikan jawapan dalam isu-isu semasa seperti kos sara hidup, pendidikan dan sebagainya. Menurut beliau, ini memandangkan banyak kenyataan yang dibuat oleh menteri kerajaan Pakatan Harapan kini seolah-olah […]

» Read more

Projek ECRL Digantung, Pekerja Diberhentikan…Inikah Kerajaan Adil – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 21 Julai – UMNO kesal dan amat bimbang dengan laporan mengenai kira-kira 1,000 pekerja ECRL diberhentikan berikutan tindakan kerajaan menggantung statusnya pada 3 Julai lalu, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sambil meminta pekerja terbabit bersabar, beliau menyifatkan langkah kerajaan berdolak-dalik mengenai projek itu sebagai tidak profesional. “Tindakan menabur pasir ke dalam periuk 1,000 pekerja itu, […]

» Read more

Himpunan Bantah UEC – Menteri PH Diminta Jangan Beretorik Kononnya Angkat Suara Anak Muda

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Faizzuddin Zai melahirkan kekecewaan dengan sikap menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila tidak hadir dalam perhimpunan membantah hasrat kerajaan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Jelas beliau, Syed Saddiq sentiasa mengangkat suara anak muda dalam ucapannya namun adakah kerana […]

» Read more
1 2,042 2,043 2,044 2,045 2,046 2,075