‘LIVE’ Diskusi N49: Dira dan Shahril Hamdan Kupas Isu ‘Janji Dan Orang Muda’


SHAH ALAM, 22 Julai – Ruangan Diskusi N49 malam ini akan mengupas isu ‘Janji dan Orang Muda’ dengan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Khaidirah Abu Zahar (Dira) bersama dengan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Dira selaku wanita muda merupakan mantan Exco Pergerakan Puteri UMNO yang lantang bersuara dan berani mengeluarkan idea. Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam.

Sementara Shahril adalah mantan Ketua Penerangan Pemuda UMNO yang tidak asing dalam isu-isu semasa dan golongan muda. Beliau adalah lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester di bawah tajaan biasiswa Bank Negara Malaysia pada tahun 2008 sebelum meneruskan pembelajarannya di peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science.

Diskusi yang akan bersiaran secara langsung 9 malam ini turut menampilkan Datuk Mohd Irwan Rizal sebagai moderator dengan tontonan boleh dibuat melalui laman www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

PRK kerusi DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Lokman Noor Adam menentang calon PKR dan Bebas yang diadakan ekoran kematian penyandangnya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.