Masa Depan UMNO Bergantung Kepada Perjuangan Politik Kebangsaan Berasaskan Islam – Tok Mat

KUALA LUMPUR 11 Mei – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata masa depan UMNO sangat bergantung pada bagaimana UMNO memperjuangkan politik kebangsaan berasaskan Islam. Sebabnya jelas beliau kerana Islam itulah yang mendorong orang Melayu menjadi bangsa yang rasional dan berkemajuan. “Jika UMNO ingin berkelangsungan, UMNO mesti mengangkat politik Melayu Islam sebagai agenda masa depannya. […]

» Read more

Ulang Tahun UMNO Ke-73: Teks Penuh Ucapan Mohamad Hasan

TERIMA KASIH atas kehadiran pada malam ini, saya sangat gembira melihat ahli kita berkumpul beramai-ramai seperti ini. 2. Sama ada berjawatan ataupun tidak, yang muda atau veteran, yang baharu atau lama, semuanya duduk berdampingan. Bertanya khabar, bermesra dan berdoa bersama-sama. 3. Sesungguhnya dengan perhimpunan yang sebegini, ia membuka satu daripada pintu rahmat Allah SWT kepada kita. Lebih-lebih pada bulan Ramadan […]

» Read more

Ulang Tahun UMNO Ke-73 Berlangsung Meriah

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Lebih 2,000 ahli dan pendokong parti menyambut Ulang Tahun UMNO ke-73 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam suasana sederhana namun ianya penuh bermakna. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang kemudian diikuti ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden UMNO. Majlis […]

» Read more

UMNO 73 Tahun: Mari Kita Bangun Bersama

KUALA LUMPUR, 11 Mei – “Hari ini UMNO menyambut ulang tahun ke-73. Saya percaya dalam usia yang begitu panjang UMNO pasti penuh dan sarat dengan pengalaman. Semua ini amat berguna kepada pimpinan dan ahli parti,” kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Bagaimanapun katanya, keadaan sudah berubah kerana kini UMNO bukan lagi kerajaan. “Kita juga perlu akui […]

» Read more

Bina Semula Benteng Dan Perkukuh UMNO – Tok Mat

KUALA LUMPUR, 11 Mei – UMNO kini sedang membina dua teras utama untuk terus bergerak maju membina semula benteng yang telah runtuh bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti. Menurut Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, dua teras tersebut adalah memperkasakan parti dan menyusun strategi. “11 Mei 2019 genap umur UMNO 73 tahun […]

» Read more

UMNO 73 Tahun: Ayuh! Bangkit Demi Ummah Dan Rakyat Malaysia – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua ahli UMNO mengambil peluang sempena sambutan ulang tahun UMNO yang ke-73 untuk terus muhasabah diri apatah lagi sambutan kali ini jatuh pada bulan Ramadan yang mulia. Jelas beliau, inilah peluang untuk semua ahli UMNO melakukan sesuatu yang lebih baik demi perjuangan agama, bangsa dan negara […]

» Read more

Tekad, Bangkit Kukuhkan Bahtera… Agama, Bangsa Kini Diperkotak-katikkan – Najib

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru kepada semua ahli agar terus kekal kuat dan utuh dalam melayarkan bahtera parti demi agama, bangsa dan tanah air. Ujar bekas Perdana Menteri itu juga, ini berikutan setelah setahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil-alih tampuk pentadbiran negara, jelas disaksikan bagaimana kesucian agama dan keistimewaan […]

» Read more

UMNO Bakal Raikan Ulang Tahun Ke-73 Esok

KUALA LUMPUR, 10 Mei – UMNO akan menyambut ulang tahunnya yang ke 73 esok, dan sepertimana tahun sebelum ini sambutan tersebut akan diadakan secara sederhana dengan penuh teratur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis akan dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang kemudian diikuti ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden yang menjalankan […]

» Read more

Perkukuh Parti Keramat, UMNO Wadah Perjuangan Untuk Agama Dan Bangsa – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan harapan agar semua ahli UMNO akan terus memperkukuhkan parti keramat ini bagi memastikan UMNO mampu meneruskan wadah perjuangan bagi menegakkan agama dan bangsa. Jelas beliau, ini kerana jelas dapat dapat dilihat bahawa Islam dan Bumiputera semakin terhimpit di bawah pentadbiran Pakatan […]

» Read more

UMNO Sebuah Perjuangan, Terus Istiqomah Dan Perbaiki Diri – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO adalah sebuah perjuangan yang mewakili hati nurani orang-orang Melayu, kaum bumiputera, anak negeri serta citarasa rakyat Malaysia. “Sempena hari UMNO dan ulang tahun kelahiran parti yang ke 73, marilah sama-sama memperingati kembali bahawasanya UMNO bukannya sebuah parti politik pilihan raya tetapi UMNO telah diwujudkan sebelum ada […]

» Read more
1 1,849 1,850 1,851 1,852 1,853 2,072