UMNO 73 Tahun: Mari Kita Bangun Bersama


KUALA LUMPUR, 11 Mei – “Hari ini UMNO menyambut ulang tahun ke-73. Saya percaya dalam usia yang begitu panjang UMNO pasti penuh dan sarat dengan pengalaman. Semua ini amat berguna kepada pimpinan dan ahli parti,” kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Bagaimanapun katanya, keadaan sudah berubah kerana kini UMNO bukan lagi kerajaan.

“Kita juga perlu akui bahawa pemikiran, dan keadaan rakyat serta lanskap politik telah banyak berubah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Oleh itu jelasnya, UMNO baik pemimpin atau ahli mesti menyedari perubahan ini dan menyesuaikannya dengan kehendak rakyat yang sudah berbeza serta bijak meletakan UMNO dalam lanskap politik yg sudah berubah.

“Namun demikian pada saya, walau apa sesekali perubahan yang hendak dilakukan prinsip dan idealisme perjuangan parti jangan berubah. Pendekatan dan cara mungkin boleh berbeza serta disesuaikan dengan perubahan yang berlaku ini.

“Saya percaya UMNO mampu kembali ditampuk kuasa. Apa yang penting kita mesti kukuhkan parti ini. Perpaduan disemua peringkat mesti diutamakan. UMNO mesti menjadi penting kepada rakyat.

“Kita mesti peka dengan isu dan masalah rakyat. Kalau UMNO dilihat dan diperlukan oleh rakyat. Saya yakin UMNO akan kembali lebih hebat daripada sebelum ini,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.