Cukup-cukuplah Cerita Tanam Buluh… Minum Minyak Sawit, Rangka Segera Pemulihan Ekonomi – Razali

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata kerajaan hari ini perlu lebih serius dalam melonjakkan suasana dan pasaran ekonomi supaya negara tidak terjerumus kepada situasi yang agak lebih teruk kerana lagi lama Pakatan Harapan (PH) bermain polik sepertimana yang boleh dilihat hari ini, maka negara akan jadi tidak menentu. Menurut beliau dasar-dasar yang dibuat […]

» Read more

Matrikulasi: Menteri Pelajaran Mesti Realistik, Tegas – Khaled

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik akan meneliti cadangan Pemuda Dap dengan berobjektif dan lebih bertanggungjawab tanpa sebarang tekanan dan kegelisahan politik berhubung isu matrikulasi. Katanya, beliau sangat dengan cara Menteri Pelajaran menyambut gesaan Pemuda Dap dengan penuh keterujaan agar Menteri Pelajaran menerima cadangan mereka, khususnya seperti […]

» Read more

Kit Siang Pengecut, Tidak Berani Berhadapan Dengan Kebenaran – Najib

KANGAR 26 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menarik diri daripada berdebat dengan beliau sebagai pengecut serta tidak berani berhadapan dengan kebenaran. Beliau berkata, Kit Siang yang menentukan tajuk perdebatan, namun akhirnya tidak berani meneruskannya dengan memberi alasan boleh mencetuskan pertembungan kaum yang sama sekali dilihat tidak masuk akal. […]

» Read more

Rapatkan Ukhuwwah Demi Ummah, Ketepikan Perbedaan – Zahid

SERDANG, 25 Mei – Iftar Jama’i UMNO bahagian Bangi yang disertai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyantuni asnaf dan anak yatim serta penduduk sekitar Surau Al-Ittihad. Selain menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf, mereka yang berada di belakang tabir surau berkenaan turut diraikan bagi menghargai sumbangan mereka yang terlibat. Suasana ceria dan penuh bermakna bagi mereka yang hadir kerana […]

» Read more

Kerjasama UMNO-BN Dan Pas Makin Erat

ALOR SETAR 25 Mei – Kerjasama UMNO-Barisan Nasional (BN) dan PAS terbukti semakin erat pada Ramadan kali ini apabila kedua-dua parti politik itu saling membantu dalam melaksanakan program-program kebajikan dan dakwah. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata, para pemimpin dari kedua-dua parti juga turut menyertai semua majlis yang dianjurkan sehingga menjadikan hubungan mereka bertambah mesra. Menurutnya, aura penyatuan […]

» Read more

Agong Beriltizam Akan Teruskan Legasi, Sifat Perikemanusiaan Sultan Ahmad Shah

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini beriltizam akan meneruskan legasi dan sifat perikemanusiaan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. “Ia suatu yang sukar beberapa hari ini buat kami sebagai sebuah keluarga. Tetapi kami tidak mungkin dapat melalui semua ini […]

» Read more

Alasan Tarik Diri Lemah Dan Lembik, Ini Sebab Sebenar Kit Siang Enggan Debat Dengan Najib

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Alasan Lim Kit Siang yang tiba-tiba menarik diri dari berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia akan menjadi isu kaum dan agama yang melampau adalah sesuatu alasan yang amat lemah dan lembik, kata Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil. Katanya, debat ini khusus untuk membincangkan isu rasuah dan integriti, bukan isu kaum dan agama. […]

» Read more

Tidak Bersalaman Dengan Sultan Johor Serlah Ketidakmatangan Mukhriz, Malukan Rakyat Kedah

ALOR SETAR, 24 Mei – Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bersalaman dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika sama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, semalam dikecam hebat malah ia digambarkan memalukan rakyat Kedah. Bagi penganalisa politik Kedah, Syed Agil Syed Azizi, sikap […]

» Read more

‘Naratif Malaysia’: Tiada Bangsa Malaysia, Tetapi Rakyat Malaysia

BEBERAPA hari lalu, Ahli Parlimen Kluang telah mengeluarkan satu tulisan yang bertajuk ‘Perpaduan jadi titik pertemuan Malaysia Baharu’. 2. Di dalam tulisan tersebut, beliau menyatakan bahawa konsep Bangsa Malaysia perlu digiatkan oleh pihak media, terutamanya bagi mewujudkan sebuah ‘Naratif Malaysia’ yang baharu. 3. Namun begitu, beliau gagal untuk memberikan takrifan bagaimana Bangsa Malaysia itu harus dimaknakan, apa lagi bagaimana ia […]

» Read more

Harga Barang Makin Naik: Tolonglah Kerajaan… Tak Kesian Ke Kepada Kami – Suara Rakyat

  PASIR SALAK, 24 Mei – Semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, pelbagai janji manis ditaburkan oleh Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat sehinggakan akhirnya rakyat terpengaruh. Dek akibat janji tersebut, Barisan Nasional (BN) yang selama ini mentadbir negara dengan baik, kecundang…. pucuk pimpinan negara diambil alih oleh PH. Antara janji yang kerap dimainkan oleh PH adalah berkaitan […]

» Read more
1 1,807 1,808 1,809 1,810 1,811 2,037