UMNO Tolak DAP

KOTA BHARU 20 Julai – UMNO tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP walau dalam apa jua keadaan sekali pun walau ditawar untuk menjadi kerajaan bersama-sama. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ini kerana perjuangan DAP amat bertentangan dengan parti itu malah tindak-tanduk mereka mengeruhkan keharmonian negara. Beliau berkata, rakan mereka dalam kerjasama penyatuan ummah, Pas juga berpendirian yang […]

» Read more

Mantapkan Perpaduan Ummah BN, UMNO, PAS Kata Dr. Noraini

TAIPING 20 Julai – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr. Noraini Ahmad mengingatkan semua ahli parti agar terus menyemai dan memantapkan perpaduan ummah yang terjalin antara Barisan Nasional, UMNO dan Pas. Menurut beliau, seandainya perpaduan ummah ini berterusan, beliau percaya UMNO kembali menjadi kerajaan dalam pilihan raya umum ke-15. “Sudah menjadi tugas hakiki kita untuk menyatupadukan Melayu dan ummah […]

» Read more

Ahli UMNO Terus Di Belakang Parti Walau Berdepan Pelbagai Tekanan, Cubaan

JOHOR BAHRU 20 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob puji semangat juang ahli UMNO terus berdiri teguh di belakang perjuangan parti biar pun berdepan anasir luar yang berniat jahat menghancurkan parti. Beliau berkata, walaupun kalah dan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun lalu, semangat perjuangan ahli UMNO tidak luntur malah terus membara […]

» Read more

Jangan Lupa Kenapa UMNO Ditubuhkan, Hayati Perjuangannya – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan agar semua ahli-ahli UMNO menghayati kenapa parti ini ditubuhkan 73 tahun lalu. Katanya, ini penting bagi memastikan semua pihak tahu bahawa perjuangan UMNO adalah berteraskan kepada agama, bangsa dan negara. “Kenapa UMNO ditubuhkan… Ahli-ahli UMNO perlu tahu dan bukannya menyokong atas individu atau atas ada kepentingan […]

» Read more

Kerajaan PH Berdepan Ujian Integriti, Serlahkan Kerajaan Kakistokrasi – Annuar Musa

KOTA BHARU, 20 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini berdepan dengan integriti yang tercabar satu demi satu walapun mereka hanya baru sahaja memerintah negara ini setahun yang lalu. Menurut beliau siapa sangka kerajaan baru ini dengan harapan rakyat yang tinggi yang telah menjaniikan dengan pelbagai janji yang lunak kepada rakyat […]

» Read more

Zahid Yakin UMNO-PAS Ada Kelebihan Yang Boleh Saling Dipelajari

KOTA BHARU, 20 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi penuh yakin dan percaya parti itu serta PAS masing-masing mempunyai kelebihan yang boleh dipelajari antara satu dengan yang lain dalam usaha menterjemahkan impak yang cukup baik. Menurut beliau, sememangnya diakui PAS yang menjadi pembangkang selama 60 tahun mempunyai daya tahan yang luar biasa manakala UMNO pula berpengalaman […]

» Read more

Kes Rogol Warga Indonesia: Kerajaan PH Jangan Pandang Ringan, Tegakkan Undang-undang

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar jangan memandang ringan kes rogol warga Indonesia yang membabitkan YB ADUN Tronoh. “Kerajaan PH jangan pandang ringan hal ini. Hubungan Malaysia Indonesia yang terjalin baik selama ini mesti dipelihara”, katanya dalam kenyataan di sini. Justeru tegas beliau sudah pasti Indonesia sedang […]

» Read more

UMMAH Desak Kerajaan Pecat Peguam Negara Kerana Gagal Bersikap Profesional

  KUALA LUMPUR, 19 Julai – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) hari ini menyeru kerajaan khususnya Perdana Menteri untuk memecat Tommy Thomas selaku peguam negara kerana tidak layak untuk memegang jawatan tersebut. Pengerusinya Aminuddin Yahaya berkata, bukan hanya kes berkaitan Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, anggota bomba yang meninggal dunia ekoran cedera dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman namun […]

» Read more

Akar Umbi UMNO Solidariti Makin Kukuh, Terus Langkah Ke Depan Bangkit Bersama-sama

SETIU, 19 Julai – Ketua UMNO bahagian Setiu Datuk Sabri Mohd Nor hari ini melahirkan iltizam bersama seluruh perwakilan serta ahli parti dibahagian berkenaan untuk terus memperkasa parti sekaligus bangkit dengan penuh semangat untuk terus melonjak ke depan. Menurut beliau sokongan serta kerjasama dan muafakat yang cukup erat daripada pelbagai peringkat parti hari tentunya mampu menghadapi cabaran yang ada menerusi […]

» Read more

Tak Habis-habis Cukup Bilang… Cukup Bilang… Rakyat Dah Muak – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, rakyat sebenarnya sudah muak dan jelik dengan permainan ‘bakal’ Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus-terusan memaklumkan mempunyai sokongan yang mencukupi untuk menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya kisah cukup bilangan kerusi Parlimen ini sudah lama didengar tapi tiada kenyataan sehingga ke hari ini. “Kisah cukup […]

» Read more
1 1,773 1,774 1,775 1,776 1,777 2,043