Akar Umbi UMNO Solidariti Makin Kukuh, Terus Langkah Ke Depan Bangkit Bersama-sama

SETIU, 19 Julai – Ketua UMNO bahagian Setiu Datuk Sabri Mohd Nor hari ini melahirkan iltizam bersama seluruh perwakilan serta ahli parti dibahagian berkenaan untuk terus memperkasa parti sekaligus bangkit dengan penuh semangat untuk terus melonjak ke depan.

Menurut beliau sokongan serta kerjasama dan muafakat yang cukup erat daripada pelbagai peringkat parti hari tentunya mampu menghadapi cabaran yang ada menerusi solidariti ahli UMNO.

“Kehadiran yang begitu ramai ini menandakan keyakinan kepada UMNO dan saya harap keyakinan kita juga akan diterjemahkan pada pilihan raya umum akan datang. Kita di Setiu ini sudah ada solidariti dan tidak ada lagi orang itu dan orang ini. Saya mengajak semua apabila diberikan mandat menjaga UMNO bahagian Setiu, untuk kita terus bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO bahagian Setiu, di sini, hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah mewakili Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi majlis perasmian berkenaan.

Sabri seterusnya menambah dalam perjuangan semua pihak seharusnya berjiwa besar dan anggaplah UMNO merupakan sebuah rumah yang cukup antik dan dibina sekian lama.

“Yang penting sekali ibaratkan UMNO ini seperti rumah. Rumah kayu yang kuat dan yang antik. Jangan robohkan rumah kita yang kita bina selama ini. Daripada 1946 lagi dibina… mana yang patah kita baiki balik. Insya-Allah UMNO akan kuat jaga dengan sebaik-baiknya,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.