Kerajaan PH Berdepan Ujian Integriti, Serlahkan Kerajaan Kakistokrasi – Annuar Musa

KOTA BHARU, 20 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini berdepan dengan integriti yang tercabar satu demi satu walapun mereka hanya baru sahaja memerintah negara ini setahun yang lalu.

Menurut beliau siapa sangka kerajaan baru ini dengan harapan rakyat yang tinggi yang telah menjaniikan dengan pelbagai janji yang lunak kepada rakyat kini sedang bergelut dengan ujian masalah integriti.

“Hari ini mereka sedang diuji… satu demi satu integritinya gugur bukan sahaja integriti tidak ada keupayaan untuk menunaikan janji mereka kepada rakyat, integriti mereka tidak dapat nak menguruskan ekonomi negara ini lebih baik daripada apa yang BN lakukan dahulu.

“Begitu juga integriti dari segi perpaduan sesama mereka sedang berkecai menghadapi ujian hinggalah kepada integriti Peguam Negara, integriti penjawat-penjawat penting dalam instrument kerajaan, integriti wakil-wakil rakyat mereka, semalam diuji lagi malah integriti Speaker Dewan Rakyat juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis santai bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid di sini, malam tadi. Turut serta barisan pimpinan UMNO dan BN Kelantan serta rakan taawun, PAS serta pelbagai NGO lain.

Tegas beliau apa yang berlaku terhadap kerajaan itu menggambarkan sebuah kerajaan yang ‘hopeless’.

“Kalau dalam bahasa latin lama ialah menjadi sebuah kerajaan yang disebut sebagai ‘hopeless’ atau kerajaan kakistokrasi iaitu kerajaan yang tidak boleh dipercayai dan tidak boleh membawa harapan rakyat pada masa akan datang.

“Maka lawatan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid adalah untuk membolehkan kita menggarapkan saf permuafakatan rakyat, permufakatan rakyat Malaysia secara keseluruhannya, permuafakatan dalam UMNO, permuafakatan BN tetapi tidak boleh terhenti setakat itu sebaliknya permuafakatan yang lebih besar diperlukan dan lebih inklusif lagi.

“Permuafakatan kali ini akan bermula dengan gabungan dua parti bumiputera yang terbesar iaitu PAS dan UMNO bersama-sama dengan rakan sahabat yang percaya kepada kemampuan, keupayaan, roh semangat dan dasar yang telah kita dokong selama ini maka percayalah kita rakyat berada di suatu persimpangan peluang yang besar.

“Kita mesti terus mencari bagaimana boleh kita wujudkan bangsa Malaysia… negara Malaysia yang lebih baik untuk semua… lebih baik baik untuk semua kaum… lebih baik bagi semua lapisan masyarakat, lebih baik bagi rakyat semenanjung Sabah dan Sarawak, lebih baik baik bagi orang Melayu, Bumiputera, orang cina, orang Siam, Kadazan Dusun dan sebagainya kerana setakat ini kerajaan PH telah gagal dalam nak menyempurnakan dan menyampaikan hasrat rakyat di seluruh negara,” ujarnya.-MediaUMNO

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.