Muafakat Nasional: Tanjung Piai Medan Ujian Pertama

MUAFAKAT Nasional (MN) buat waktu ini akan menjadi platform semak dan imbang kepada kerajaan bagi menyuburkan lagi amalan demokrasi di dalam negara. Muafakat ini juga akan memperkukuhkan lagi blok pembangkang yang pastinya menguatkan peranan Barisan Nasional dan PAS dalam memperjuangkan hak dan tuntutan rakyat. Muafakat ini akan bergerak ke arah aliran garis tengah sederhana dan bukannya ke garis keras kanan […]

» Read more

Rakyat Mahu Keadilan Untuk Adib, Peguam Negara Dianggap Halang Keadilan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Esok kes inkues anggota bomba yang maut ketika bertugas, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim akan diputuskan oleh mahkamah dan rakyat mahu kematiannya mendapat pembelaan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebelum ini bukan saja boleh dianggap sebagai cuba mengganggu perjalanan mahkamah malah juga boleh dianggap sebagai […]

» Read more

Video Seks Luar Tabii: Selepas Kedutaan Rusia, Indonesia Kali Ini Ke Kedutaan Thailand

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Selepas ke Kedutaan Rusia dan juga Kedutaan Indonesia, hari ini Sekretariat Suara Rakyat Malaysia sekali lagi telah mengunjungi kedutaan luar apabila menyerahkan salinan laporan forensik berhubung isu seks luar tabii yang dikaitkan dengan menteri kabinet Pakatan Harapan (PH) ke Kedutaan Thailand. Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam diiringi Presiden Pertubuhan Bangkit, Shahrin […]

» Read more

Kerajaan PH Perlu Melihat Petani Sebagai Aset Penting Negara – Suraya

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata, kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) perlu melihat golongan petani sebagai aset penting buat negara. Jelas beliau, ini kerana para petani adalah tulang belakang yang mengusaha tanah pertanian untuk mengeluarkan sumber makanan kepada rakyat dalam negara ini. “Kerana itulah, PH perlu melihat semula peruntukan […]

» Read more

Sejarah Hitam Negara, Tommy Thomas Memalukan Sistem Perundangan

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran daripada Mahkamah Koroner Shah Alam untuk memulakan prosiding terhadap Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas telah mencatat satu sejarah hitam dalam sistem perundangan negara. Jelas beliau, tidak pernah terjadi dalam negara ini Peguam Negara di kehendaki menjawab dalam prosiding atas pertuduhan menghina mahkamah. Peguam Negara bakal […]

» Read more

Sah! 500 Hari PH Berkuasa, Lebih RM30 Bilion Aset Negara Dijual

DATA terkini membuktikan genap 500 hari Pakatan berkuasa, sebanyak lebih RM30 bilion aset negara telah dijual. 2. Data ini bermakna setiap hari Pakatan menjual aset negara sebanyak RM60 juta secara purata, bersamaan dengan RM2.5 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan. 3. Ada pihak cuba bandingkan dengan rekod Datuk Seri Najib Razak dahulu melupuskan aset Khazanah sebanyak RM45.3 […]

» Read more

Jawapan Kepada MB Kedah Yang Bimbang, Muafakat Nasional Untuk ‘Rehatkan’ Mukhriz

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohd Fadzil Zolkifli membidas Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilapor berkata Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS hanya bermotif politik dan mahu menyelamatkan beberapa pemimpin UMNO yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah. Beliau memberikan jawapan ‘warung kopi’ buat Mukhriz iaitu, “memanglah apabila dua parti politik bekerjasama matlamat dia […]

» Read more

Jangan Percaya Pemimpin Pan, Tukang Angguk Dap – Amran

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Bekas Pemikir Publisiti Pengundi Melayu Dap, Amran Ahmad memohon rakyat Malaysia terutama orang Melayu agar jangan percaya pemimpin Parti Amanah Negara (Pan), Khalid Samad yang menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Dakwanya, Khalid adalah ‘macai’ Tony Pua dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sejajar dengan duduknya Pan sebagai ‘balaci’ Dap kini dan selamanya. […]

» Read more

Kerajaan Pentadbiran PH Terus Pinggir Golongan Belia, Pembaharuan Langsung Tak Ada

ALOR SETAR, 26 Sept – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu Datuk Aminuddin Omar berkata, kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dilihat tidak melakukan sebarang pembaharuan dalam memperkasakan golongan belia seperti yang telah dijanjikan dalam manifesto mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Jelas beliau yang merupakan bekas EXCO Belia dan Sukan Kedah, sebaliknya PH hanya terus menggunapakai kebanyakan […]

» Read more

Sandiwara Dap Dan Skandal Jual Kad Pengenalan: RCI Perlu Disegerakan – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO memandang serius dan menzahirkan keraguan terhadap dakwaan YB Kasthuri Patto tentang skandal penjualan Kad Pengenalan (IC) yang kononnya telah dimulakan sejak era pentadbiran Barisan Nasional (BN), walhal beliau terlupa pada waktu tersebut juga, skandal ini telah didedahkan di Pulau Pinang yang ketika itu Kerajaan Negeri diperintah oleh Dap dari tahun 2008 lagi. […]

» Read more
1 1,730 1,731 1,732 1,733 1,734 2,054