Video Seks Luar Tabii: Selepas Kedutaan Rusia, Indonesia Kali Ini Ke Kedutaan Thailand

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Selepas ke Kedutaan Rusia dan juga Kedutaan Indonesia, hari ini Sekretariat Suara Rakyat Malaysia sekali lagi telah mengunjungi kedutaan luar apabila menyerahkan salinan laporan forensik berhubung isu seks luar tabii yang dikaitkan dengan menteri kabinet Pakatan Harapan (PH) ke Kedutaan Thailand.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam diiringi Presiden Pertubuhan Bangkit, Shahrin Azlan menyerahkan salinan tersebut kepada wakil kedutaan di pintu masuk kedutaan negara berkenaan.

Sebelum ini juga, turut dilaporkan salinan tersebut telah diserahkan kepada ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta diedarkan kepada orang ramai di perkarangan Masjid Putrajaya.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam pada sidang media berkata mereka datang ke kedutaan Thailand hari ini adalah sama dengan apa yang dilaksanakan sebelum ini untuk menyerahkan salinan laporan berkenaan.

“Kita datang hari ini untuk menyerahkan salinan laporan forensik. Hari ini 26hb September bermakna sudah tiga bulan 15 hari lebih kurang tidak ada sebarang pendakwaan dilakukan.

“Hari ini sepatutnya laporan forensik ini digunakan untuk mempercepatkan proses pendakwaan tetapi malangnya apa yang berlaku sebaliknya.

“Setiap kali kita memberikan laporan ini mereka gunakan laporan ini untuk ‘delay’ dan saya telah dipanggil dua tiga kali untuk memberikan keterangan,” katanya.

Lokman seterusnya menambah tanpa laporan itu pun mereka boleh ambil tindakan kerana pertamanya Haziq sudah pun membuat pengakuan bahawa beliaulah lelaki di dalam video berkenaan yang berlaku di dalam Hotel di Sandakan.

“Selain itu terdapat juga rakaman CCTV untuk dijadikan bukti,” ujarnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.