Rampas Rumah Rakyat : Kerajaan PH Patut Bantu, Cari Solusi – Rizalman

BANDAR TUN RAZAK, 5 Okt – Bekas Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Rizalman Mokhtar menyarankan tindakan merampas unit kediaman perumahan rakyat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlulah menjadi tindakan yang terakhir setelah segala faktor diambil kira. Menurutnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak sepatutnya menghukum tetapi membantu rakyat kerana ramai di antara penghuni kediaman tersebut yang sememangnya perlu […]

» Read more

Dana Politik, Kerajaan Perlu Dapatkan Pandangan Dari Semua Parti

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berpendirian bahawa sumber kewangan sangat penting bagi sesebuah parti politik dan ianya tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Menurutnya, dana bukan sahaja perlu sewaktu musim pilihan raya malah keperluannya sepanjang masa yang tidak terhad dalam soal pentadbiran, tetapi meliputi kerja-kerja kebajikan yakni membantu rakyat dan sebagainya. “Sebelum […]

» Read more

PAU2018… Memang Wujud Kebimbangan Tetapi Akhirnya Di Luar Jangkaan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui wujudnya rasa bimbang di dalam dirinya, termasuk para pemimpin lain termasuk di peringkat akar umbi berhubung sambutan serta kehadiran ahli dan perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung 2018 yang lepas memandangkan parti ini tidak lagi menjadi kerajaan selepas PRU ke 14 yang lalu. Menurut beliau, perasaan bimbang […]

» Read more

“Game Plan” Terbaru Mahathir Dan MP UMNO Tolong “Jangan Belot”

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata orang yang merasakan dirinya paling tidak selamat sekarang ini ialah Tun Mahathir. Ini kerana jelas beliau, Tun Mahathir dan PPBM hanya ada 13 kerusi Parlimen sahaja. Namun begitu tegasnya perlu diingat, senjata utama iaitu “kuasa” masih di tangan Mahathir. “Berdasarkan track record, Mahathir tidak pernah […]

» Read more

UMNO Shah Alam Komited Laksanakan Tujuh Teras, 21 Langkah Kebangkitan UMNO

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata pihaknya akan komited untuk meneruskan perjuangan berteraskan apa yang telah digariskan oleh kepimpinan parti seperti mana yang terkandung dalam ucapan dasar presiden yang baru lalu. Beliau seterusnya yakin UMNO Shah Alam mahu pun seluruh UMNO bahagian yang lain bertekad untuk meneruskan perjuangan suci orang Melayu dan […]

» Read more

Orang Melayu Sudah Mula Hilang Keyakinan Terhadap Kerajaan Baru – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkeyakinan bahawa orang Melayu akan kembali menyokong UMNO memandangkan di bawah pentadbiran kerajaan baru hari ini, tidak ada sebarang dasar baru yang dilihat dapat membantu rakyat. Bahkan menurutnya wujud pula polisi-polisi yang seolah-olah cuba untuk menekan orang Melayu yang menyebabkan pengundi Melayu khususnya, mula hilang keyakinan kepada […]

» Read more

Ismail Sabri Kupas Isu Cabaran Melayu Dalam Program Siaran Langsung U3.0 Malam Ini

KUALA LUMPUR, 4 Okt  – UMNO Online akan bersiaran secara langsung pada jam 9 malam ini melalui program Diskusi U3.0, yang akan membawa tajuk perbincangan ‘Cabaran Melayu’ yang akan dikupas oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Kamal Amir yang bertindak sebagai moderator. Diskusi secara langsung ini akan mengupas cabaran politik Melayu dalam situasi politik […]

» Read more

Selepas Britain Zahid Terima Kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Australia Hari Ini

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goledzinowski di ibu pejabat parti di sini, hari ini. Turut bersama ialah Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Australia, Jane Barrlett dan Setiausaha Kedua, Elizabeth Le Bas. Ini adalah kunjungan hormat kedua dibuat oleh perwakilan asing di Malaysia ke atas beliau, selepas […]

» Read more

Jangan Terus Bernostalgia Dengan Kekalahan, PAU2018 Langkah UMNO Untuk Bangkit

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Perhimpunan Agung UMNO 2018 sudah empat hari berlalu yang memperlihatkan perjalanan perhimpunan tersebut bukan sahaja lancar, meriah dan bersemangat namun penuh dengan saranan serta azimat untuk melihat UMNO bangkit semula. Bermula dengan persidangan sayap-sayap, ucapan dasar presiden dan perbahasan, kesemuanya menjurus kepada keazaman bukan sahaja memperkukuhkan semula parti yang dianggotai orang Melayu dan Bumiputera terbesar […]

» Read more

Wanita UMNO Kesal Keputusan Kerajaan PH Tangguh, Batal Lebih 4000 Projek Rakyat

GEORGE TOWN, 3 Okt – Pergerakan Wanita UMNO menzahirkan rasa kesal dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangguhkan dan membatalkan projek-projek rakyat yang sudah diluluskan ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). Naib Ketuanya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata berkata keputusan itu merupakan pengkhianatan kepada kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh majoriti rakyat kepada PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). […]

» Read more
1 1,674 1,675 1,676 1,677 1,678 1,753