Wanita UMNO Tunjang Kekuatan Parti, Tak Kenal Erti Lelah Berjuang Agenda Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Wanita UMNO sebagai kekuatan parti dalam membawa perjuangan untuk mendukung agenda rakyat dan negara. Beliau berkata sebagai tulang belakang parti, Wanita UMNO telah melaksanakan pelbagai gerak kerja dalam memastikan parti keramat ini terus mendapat tempat di hati rakyat. “Dari Lipis, Pahang saya meneruskan permusafiran ke Negeri […]

» Read more

Peluncuran Akademi Jaya Bersama: Latihan, Pengkaderan Perlu Dilakukan Secara Konsisten – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa latihan dan pengkaderan generasi pelapis UMNO perlulah dilakukan secara konsisten. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perkaderan dan Latihan UMNO Malaysia menerusi satu kenyataan, merakamkan ucapan tahniah kepada UMNO Bahagian Johor Bahru di atas kejayaan peluncuran Akademi Jaya Bersama iaitu sekolah politik UMNO bahagian tersebut. […]

» Read more

Bung Moktar Turun Padang Tinjau Kawasan Banjir, Sampaikan Bantuan Kepada Mangsa

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin turun padang melihat sendiri situasi banjir terkini yang melanda beberapa kawasan di Kinabatangan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata kunjungannya itu bagi mengetahui secara terperinci bencana banjir tersebut untuk menyampaikan bantuan secara khusus bagi memudahkan usaha pengurusan bencana. “Alhamdulillah saya telah mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan […]

» Read more

Projek Pembinaan MAWILLA 4 Di Peringkat Akhir Kenal Pasti Tapak, Kesesuaian – Mohamed Khaled

KOTA TINGGI, 10 Feb – Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat akhir bagi mengenal pasti kesesuaian dan tapak pembinaan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengulas perkembangan berhubung pembinaan markas itu berkata ia adalah sebuah projek yang penting, dan beliau telah mengarahkan supaya pelaksanaannya […]

» Read more

Situasi Banjir Di Malaysia Timur Semakin Pulih Tetapi Perlu Terus Waspada – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Meskipun situasi banjir di Malaysia Timur semakin pulih, semua pihak perlulah sentiasa terus berwaspada, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, rata-rata daerah di Sarawak telah menunjukkan angka penurunan banjir kecuali Beluru. “Setelah hampir dua minggu beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak dilanda […]

» Read more

Wan Rosdy Hadiri Rumah Terbuka MCA, Harap Keharmonian Antara Kaum Dikekalkan

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2025 MCA Pahang pada Sabtu. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan rumah terbuka tersebut meriah dan mencerminkan semangat harmoni antara kaum. “Saya menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2025 MCA Pahang di Mentakab […]

» Read more

Asyraf Wajdi Ke Lipis, Teruskan Siri Jelajah Bahagian-Bahagian UMNO

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah ke UMNO Bahagian Lipis untuk meneruskan Siri Jelajah Bahagian-Bahagian UMNO di seluruh negara pada Sabtu. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa Lipis merupakan bahagian ke-69 untuk siri jelajah tersebut. “Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk bersama keluarga besar UMNO Bahagian Lipis dalam Sesi Pencerahan Isu Semasa […]

» Read more

Mohamed Khaled Bertemu Pemimpin UMNO Muar, Bincang Strategi Peringkat Bahagian

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah bertemu dengan para pemimpin UMNO Bahagian Muar untuk mengadakan perbincangan mengenai strategi di peringkat bahagian. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa ia turut melibatkan perancangan untuk menangani cabaran politik yang kian mencabar. “Berpeluang mengadakan pertemuan dengan pimpinan UMNO Bahagian Muar, pada Sabtu. Terima kasih […]

» Read more

Malaysia Mesti Terajui Transformasi Industri Halal Global – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan bahawa Malaysia mesti menerajui tranformasi industri halal global. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, dunia kini berlumba-lumba untuk menguasai pasaran halal dan Malaysia perlu bergerak lebih pantas bagi memperkukuhkan kedudukan tersebut. “Malaysia terus diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, dengan nilai industri halal […]

» Read more

Azalina: Saya Tak Pernah Sokong Gag Order, Ini Pendirian Konsisten Saya!

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyokong perintah ‘gag order’ berhubung isu Titah Adendum mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ujarnya, beliau juga telah menyatakan bahawa perintah ‘gag order’ tersebut tidak sepatutnya dibuat dan Peguam Negara merupakan sebuah badan yang bertindak bebas serta tidak mendapat […]

» Read more
1 159 160 161 162 163 2,039