Bekas Adun BN Gesa Pengundi Tolak Warisan, Tidak Boleh Mentadbir… Tidak Telus

TAWAU, 17 Sept – Mantan ADUN Tanjung Batu pada sesi lepas Datuk Hamisah Samat mengajak pengundi untuk menolak Parti Warisan sebaliknya memberikan sokongan dengan mengundi Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti menjaga kebajikan rakyat. Beliau menjelaskan, selepas memberikan sokongan kepada Parti Warisan sejak dua tahun lalu, banyak perkara yang beliau tahu. “Ramai yang kata kami menjadi ‘katak’ tapi kenapa kami […]

» Read more

PH Patut Tanya Shafie, Apa Yang Dilakukan Dengan RM7.6 Bilion Dana KKLW

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menimbulkan persoalan buat Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah siapakah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada tahun 2009 hingga 2015 jika mereka masih berhujah bahawa peruntukan yang disediakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada ketika itu tidak memberikan nilai optimum kepada rakyat. Imbaunya, […]

» Read more

26 September Amat Bermakna Untuk Pengundi Lakukan Perubahan di Sabah – Raime

KOTA KINABALU, 17 Sept – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi berpandangan apa yang rakyat Sabah akan lakukan pada 26 September nanti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu merupakan satu perkara yang cukup bermakna demi masa depan bersama. Jelas beliau walaupun rata-rata pertandingan di sesuatu kawasan melibatkan saudara mara dan sebagainya namun apa yang penting pengundi perlu melihat […]

» Read more

Terus Bergolak… Naib Ketua Warisan Bahagian Libaran Bersama Penyokong Sertai BN

LIBARAN, 17 Sept – Naib Ketua Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Libaran Mohamed Mirodin @ Janggut mengumumkan keluar parti untuk menyertai Barisan Nasional (BN). Janggut adalah salah seorang penaja kepada Warisan bahagian tersebut dan penaja di Zon Dandulit telah keluar bersama 200 ahli dari empat cawangan iaitu Kampung Banting, Sungai Beruang, Dandulit dan Kuala Gum-Gum. Beliau bersama isterinya umum keluar […]

» Read more

Pemuda BN Desak Shafie Tarik Balik Kenyataan

KUALA LUMPUR, 17 Sept – “Berunding bererti mengiktiraf tuntutan Filipina ke atas Sabah,” tegas Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, Kerajaan Malaysia di bawah BN sebelum ini tidak pernah melayani tuntutan Filipina ke atas Sabah sehingga sudah lebih 30 tahun Jabatan Menuntut Sabah ditutup Kerajaan Filipina. “Apabila Datuk Seri Shafie (Mohd Shafie Apdal-Ketua Menteri Sabah) […]

» Read more

Jangan Salah Pilih… 1 Undi Untuk Warisan Sama Dengan 1 Undi Untuk Dap – Andi

KALABAKAN, 17 Sept. – Pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diingatkan agar tidak tersalah pilih dalam menentukan pemimpin kerana setiap satu undi yang diberikan kepada Parti Warisan bermakna adalah menyokong Dap yang selama ini amat dominan menguasi kerajaan Pakatan Harapan (PH), tegas calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N71 Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandy. Katanya, selama PH […]

» Read more

PRN Sabah: Kok Woh Yakin Pengundi Cina Meningkat Kembali Sokong BN

  BATU SAPI, 17 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Datuk Chew Kok Woh melahirkan keyakinan ramai pengundi Cina sudah kembali mempercayai hanya BN yang mampu membela nasib rakyat. Jelas beliau, pandemik COVID-19 menjadi saksi bahawa kerajaan Warisan gagal membela nasib rakyat. “Saya telah bertemu ramai pengundi Cina di […]

» Read more

Siri 1: Dendam Warisan, Rakyat Jadi Mangsa

BERMULA di awal pagi menemani calon Barisan Nasional (BN), Sdr Sani Miasin berjumpa dengan para pengundi. Ada banyak cerita rakyat apabila kita bertemu rakyat. Sindumin mempunyai satu industri kertas, merupakan nadi ekonomi kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) ini. Terdapat 1,600 pekerja, Sabah Forest Industri (SFI). Kilang ini sudah beroperasi berpuluh tahun di bawah Kerajaan BN di Sabah. Apabila diajukan pertanyaan […]

» Read more

Rakyat Sabah Beruntung Mempunyai Peluang Untuk Ubah Balik – Mohamad

PUTATAN, 17 Sept – Rakyat Sabah beruntung kerana berpeluang untuk melakukan perubahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung pada 26 September depan dan ianya perlu digunakan sebaik mungkin. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata peluang yang ada di depan mata itu hadir di celah-celah krisis kepercayaan dan tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri […]

» Read more

Kami Tidak Seperti Warisan… Aku Janji Akan Dilaksana Demi Kepentingan Rakyat Sabah – Bung

KOTA KINABALU, 16 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata tawaran baharu yang dikemukakan kepada rakyat Sabah tidak sepertimana Parti Warisan yang hanya sekadar pandai berjanji semata-mata. Dalam ucapannya pada Pelancaran Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, beliau berkata tawaran baharu berkenaan dibuat […]

» Read more
1 1,484 1,485 1,486 1,487 1,488 2,085