Bekas Adun BN Gesa Pengundi Tolak Warisan, Tidak Boleh Mentadbir… Tidak Telus

TAWAU, 17 Sept – Mantan ADUN Tanjung Batu pada sesi lepas Datuk Hamisah Samat mengajak pengundi untuk menolak Parti Warisan sebaliknya memberikan sokongan dengan mengundi Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti menjaga kebajikan rakyat.

Beliau menjelaskan, selepas memberikan sokongan kepada Parti Warisan sejak dua tahun lalu, banyak perkara yang beliau tahu.

“Ramai yang kata kami menjadi ‘katak’ tapi kenapa kami melompat? Ini kerana ketika itu BN bukan lagi kerajaan Persekutuan maka kami sudah menyeberang ke sana untuk rakyat yang harus dibela agar kerajaan negeri selari dengan kerajaan pusat.”

Jelasnya, selepas meninggalkan BN pada 2018, beliau berada dalam parti Warisan yang membentuk kerajaan termasuklah dengan sokongannya namun malangnya pelbagai perkara tidak telus berlaku.

“Saya berada di sana dua tahun maka saya tahu apa yang berlaku sebab kalau kita dengar ucapan-ucapan mereka, macam-macam dikatanya BN sedangkan dah jadi kerajaan buatlah kerja.

 “YB Warisan kata rakyat ni minta parit.. parit.. parit… katanya takkan itu saja tak boleh buat sedangkan kita di kampung-kampung memang memerlukan parit yang kalau tak ada parit, hujan lebat dan kampung kita banjir tapi mereka tak buat dan hanya pandai bercakap.

“Isu air di Kalabakan… masalah air.. pengerusi tindakan masalah di Kalabakan ada tapi tak dapat juga diselesaikan loji air untuk penduduk Kalabakan malah mereka hentikan projek lampu jalan yang dah diluluskan. Ini bermakna mereka sekat pembangunan untuk rakyat di sini,” katanya.

Beliau yang pernah menjadi ADUN di bawah BN selama tiga penggal berkata demikian dalam ucapan ketika program Ziarah Kasih Calon BN Dun Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandy di Kampung Keramat Asli, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Keramat malam tadi.

Katanya, beliau sedar bahawa ramai yang menuduhnya ‘katak’ apabila melompat ke Parti Warisan selepas kejatuhan kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Ketika melompat itu saya tak ada minta apa-apa pun, saya hanya bercakap ‘datuk tolong tengokkan kawasan saya agar saya mudah untuk bantu rakyat di sini’ tapi nampaknya tak ada apa-apa yang mereka bantu.

“Dan kemudian jadi lagi melompat… gerakan ‘langkah anggerik’ 33 orang sebenarnya bukan kita yang nak bubarkan kerajaan sebab kita fikir keadaan COVID ini (COVID-19) tapi kerajaan yang ketika itu ambil langkah buat pilihan raya apabila katak-katak ini ‘balik semula ke rumah’.

“Sebenarnya, bukan kita yang gila kuasa… kalau mereka waras bagi sajalah kerajaan untuk bentuk yang baru,” tegasnya.

Bercakap berkaitan calon Warisan yang bertanding di DUN Tanjung Batu, beliau menjelaskan bahawa ketika bantuan COVID-19, calon ini tidak bersikap adil.

“Calon Warisan di Tanjung Batu ini…. dia sekolah agama tapi bercakap seperti orang tidak beragama… bantuan COVID pun dipilih-pilih dan hantar waktu malam.”

Sehubungan itu, beliau menggesa agar pengundi di DUN Tanjung Batu akan memberikan undi dengan memilih calon BN agar pembangunan yang terbantut dapat diteruskan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.