Rakyat Perlu Tentukan Sebuah Kerajaan Yang Stabil – Isham Jalil

ANWAR Ibrahim semalam mengumumkan yang dia mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan. Enam bulan lepas, Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan yang dia mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan lantas kerajaan telah bertukar tangan. Jika Anwar Ibrahim berjaya mengumpul cukup Ahli-ahli Parlimen kali ini, maka kerajaan akan jatuh dan bertukar lagi dan dia pula mahu […]

» Read more

Janganlah Hipokrit! Rakan Sekutu Warisan Dari Semenanjung Juga… – Yakub

SEPANGGAR, 24 Sept – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Senator Datuk Yakub Khan melihat lontaran demi lontaran oleh pihak Warisan yang masih lagi memainkan soal parti Malaya seumpama surat khabar lama dalam usaha menutup kegagalan demi kegagalan mereka yang hari ini menjadi tontonan rakyat. Sambil menyifatkannya sebagai hipokrit, jika mereka masih memainkan soal tersebut bagaimana pula dengan kehadiran pimpinan […]

» Read more

PRN Sabah: Aura Wanita Tidak Pernah Luntur Bantu BN Capai Kemenangan

KOTA KINABALU, 24 Sept – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Norshida Ibrahim berkata aura jentera Wanita khususnya tempatan dilihat cukup bersemangat dan tidak pernah luntur sekalipun Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan dalam situasi pandemik COVID-19. Menurut beliau 26 Sept ini bakal menjadi detik bersejarah buat rakyat negeri Sabah khususnya untuk memilih calon pemimpin berwibawa dalam menentukan kerajaan baru buat […]

» Read more

Dakwaan Anwar Gimik Politik Terdesak PH/Warisan, Jentera BN Jangan Hilang Fokus – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah hilang majoriti dan bakal tumbang hanyalah gimik politik, tegas Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, ia juga suatu tindakan terdesak Pakatan Harapan (PH)/Warisan untuk meraih sokongan rakyat Sabah menjelang hari mengundi berbaki dua hari sahaja lagi. Katanya, […]

» Read more

Ada Nombor Tapi Enggan Dedah… Anwar Mahu Berbohong Lagi?

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi timbulkan persoalan adakah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu berbohong lagi sepertimana peristiwa pada 16 Sept 2008 lalu. Ini katanya, rentetan pengumuman Anwar siang tadi yang mendakwa pihaknya mempunyai cukup bilangan ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaannya bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN). “Tadi Anwar […]

» Read more

Anwar Ulangi Sandiwara Bulan September – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Tentu ramai masih tidak dapat melupakan pengumuman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah mendakwa sudah cukup majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008, menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. “Semua ini hanyalah gimik dan sandiwara politik Anwar Ibrahim bersempena bulan September yang begitu sinonim dengan sketsa […]

» Read more

Gabungan Parti Bentuk Kerajaan PN Sangkal Anwar, Kekal Teguh

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Gabungan parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyangkal dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan. “Kenyataan beliau itu tidak lebih hanya merupakan satu lagi ulangan publisiti murahan seperti yang pernah berkali-kali dilakukan sebelum ini. “Tindakan terbaharu beliau ini juga menyerlahkan sikap rakus dan gila kuasa […]

» Read more

Warisan Janji Bulan Bintang… Tapi Tak Turun-turun, Dihina Pula Pejuang Negara – Shamsul Alang

KALABAKAN, 23 Sept. – “Apa sebenarnya yang rakyat mahu?” Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Presiden Persatuan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM), Datuk Samsul Alang Hamsah ketika memulakan ceramah kepada khalayak di Kampung Pasir Putih, di sini, malam tadi. Tegasnya, tentu sekali rakyat mahukan pembangunan dan kemajuan sebagaimana di bandar-bandar lain untuk mengalir ke kawasan kampung di sini. Namun malangnya kata […]

» Read more

Anak Watan Sabah Di Semenanjung Pulanglah Mengundi… Kamu Penentu Kejayaan – Kumpulan Zero

KUALA LUMPUR, 23 Sept- Kumpulan Zero, juara Maharaja Lawak Mega 2014 yang berasal dari Sabah berharap agar peluang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dapat diubah tampuk pemerintahan kerajaan negeri yang ada sekarang ini. Menurut abang kedua dalam kumpulan Zero ini, Sharif Kadir Doli Sharif atau lebih dikenali sebagai Sharif Zero, 30, mengharapkan agar pengundi-pengundi yang berada di Semenanjung dapat pulang […]

» Read more

Ahmad Zahid Hormati Pendirian Ahli Parlimen Parti

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau sebagaimana dimaklumi. Ujarnya, sebagaimana diketahui umum, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan merupakan parti komponen Perikatan […]

» Read more
1 1,475 1,476 1,477 1,478 1,479 2,084