Ahmad Zahid Hormati Pendirian Ahli Parlimen Parti

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau sebagaimana dimaklumi.

Ujarnya, sebagaimana diketahui umum, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari ahli-ahli Parlimen sahaja.

“Saya dimaklumkan ramai ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian ahli-ahli Parlimen berkenaan,” ujar Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berhubung perkara yang ditimbulkan oleh Anwar ketika mengadakan sidang medianya tengah hari tadi.

Anwar dalam sidang medianya itu mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan tetapi tidak mendedahkan jumlah dan senarai nama atas alasan untuk dipersembahkan terlebih dahulu kepada Yang di-Pertuan Agong. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.