COVID-19: Tak Setuju Individu Positif Tak Bergejala Kuarantin Di Rumah – Najib

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak amat tidak bersetuju dengan cadangan untuk pesakit yang positif COVID-19 tidak bergejala untuk kuarantin di rumah sendiri. Kata Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu, beliau mengetahui pendekatan tersebut digunakan oleh negara-negara barat tetapi negara-negara itu juga yang merekodkan ratusan ribu atau jutaan kes COVID-19. “Tiada jaminan […]

» Read more

Tidak Setuju Bubar Parlimen/DUN Sekarang, Antara Empat Ketetapan UMNO Johor

KUALA LUMPUR, 24 Okt – UMNO Johor bersepakat membuat ketetapan tidak bersetuju sekiranya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan selagi pandemik COVID-19 masih belum selesai dan ekonomi masih lagi dalam keadaan perlahan. Perkara demikian ditegaskan oleh Pengerusinya, Datuk Ir Hasni Mohammad setelah mempengerusi mesyuarat badan perhubungan petang tadi di Pejabat UMNO Negeri di Johor Bahru, Johor. “Kami telah […]

» Read more

Fokus Tangani Pandemik COVID-19, Berperlembagaan Dan Didik Masyarakat Berasaskan Sains, Data

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyarankan kepada kerajaan agar menangani krisis kesihatan akibat pendemik COVID-19 dengan fokus, berperlembagaan dan mempergiatkan segala usaha mendidik masyarakat berasaskan sains dan data. Menurut Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, pandemik tersebut hanya akan dapat diatasi dengan pendekatan saintifik, pemulihan ekonomi dan kepatuhan kepada perlembagaan. “Sesuatu yang membelakangkan […]

» Read more

Anwar Perlu Rujuk Perlembagaan Persekutuan Sebelum Ulas Spekulasi Darurat – Annuar

KUALA LUMPUR, 24 Okt Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menasihatkan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, merujuk kepada perlembagaan Persekutuan sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan spekulasi yang tersebar tentang kerajaan bakal mengisytiharkan darurat semalam. Annuar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata Presiden PKR itu perlu membaca perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 150, yang menerangkan pelbagai […]

» Read more

Agong Adakan Rundingan Dengan Raja-raja Melayu Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kalangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19. […]

» Read more

Darurat Untuk COVID-19 Tidak Membawa Pemerintahan Diktator

Tulisan ini adalah lanjutan tulisan awal saya bertajuk “Proklamasi Darurat Jalan Keluar Tangani Covid-19” (Berita Harian, 14 Oktober 2020). Ketika saya mengemukakan cadangan Proklamasi Darurat Covid-19 dibawah Perkara 150 bagi menghadapi wabak tersebut, ramai yang khuatir kalau-kalau ia membawa kepada pentadbiran diktator. Kerisauan ini berlaku kerana darurat seringkali dikaitkan dengan kekacauan yang memerlukan pemerintahan yang sangat tegas dan keras. Bahkan […]

» Read more

12 Tahun PH Gagal Selesai Isu Air Selangor… ‘Enough Is Enough’ – Armand

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, rakyat harus membuka mata akan kegagalan Pakatan Harapan (PH) yang gagal menyelesaikan masalah air selama 12 tahun. Ujar beliau, permasalahan yang berlarutan ini juga adalah bukti permainan politik kotor PH yang sanggup menyisihkan kepentingan rakyat hanya kerana kuasa. “kerajaan PH adalah kerajaan yang gagal. […]

» Read more

Terima Pelantikan Sebagai Bendahari BN, Amanah Besar Untuk Digalas, Kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dengan penuh rasa rendah hati dan atas dasar tanggungjawab serta penghormatan yang tidak berbelah bahagi terhadap setiap parti komponen Barisan Nasional (BN), beliau menerima pelantikan sebagai Bendahari BN yang baharu. Ahli Parlimen Sembrong itu juga sedar, ia merupakan amanah besar yang mesti digalas dengan ikhlas dan sepenuh […]

» Read more

Hard Truth: PH Suka Politikkan Semua Isu Termasuk Air, Rakyat Tanggung Natijah – Rizam

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Ketua Pembangkang Negeri Selangor Rizam Ismail berkata, masalah air yang semakin kritikal ini terjadi akibat sikap Pakatan Harapan (PH) yang sentiasa mempolitikkan isu walaupun ia adalah demi kepentingan rakyat. Ujar beliau, ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri Selangor, pelbagai cara telah mula dilakukan bagi mengatasi masalah air yang dijangka bakal berlaku pada 2014 namun selepas […]

» Read more

Rombakan Kecil Organisasi BN, Hishammuddin Bendahari – Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan satu rombakan kecil dalam kepimpinan BN iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik selaku Bendahari Agung BN yang baharu. Katanya, rombakan ini dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN. “Dengan ini saya telah melantik YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein […]

» Read more
1 1,458 1,459 1,460 1,461 1,462 2,087