Wawancara Eksklusif Bersama MB Perak : Pandang Ke Hadapan, Ambil Iktibar “Kerajaan Ping Pong”

1. Tahniah daripada UMNO-Online atas perlantikan Datuk sebagai Menteri Besar Perak ke-14. Apa perasaan yang boleh dikongsikan setelah dilantik menjawat jawatan berkenaan? Pertamanya saya bersyukur kepada Allah SWT kerana seperti yang saya pegang selama ini..’wamakaru wamakarallah..wallahu khairulmakirin‘. Manusia boleh merancang dan Allah juga  merancang..sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Jadi saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya, dengan rahmatnya saya […]

» Read more

Politik Dan Angka Tidak Dapat Dipisahkan, Wujudkan Kerajaan Stabil – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan kestabilan politik di dalam sesebuah negara sebenarnya melibatkan angka dan apabila sesebuah kerajaan dibentuk dengan majoriti tipis ianya akan menjadikan sesebuah kerajaan itu tidak stabil. Dengan mengambil contoh negara hari ini yang mana kerajaan terbentuk dengan kelebihan yang cukup tipis ianya menyukarkan kerajaan apabila berlaku pengundian belah […]

» Read more

Rakyat Dapat Lihat Sandiwara Pembangkang Mahu Sabotaj Bajet – Annuar

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat benar-benar boleh menyaksikan sandiwara pembangkang yang sengaja mencari alasan untuk menolak Belanjawan 2021. “Bukan kerana bajet tak baik, tapi mencari alasan untuk jatuhkan kerajaan. Dah lebih 20 kali mengundi, mereka gagal. “Sekarang mereka nak sabotaj Bajet Rakyat di bacaan ketiga hari ini,” ciap Ahli Parlimen Ketereh […]

» Read more

Bajet 2021 Perak : Rangsang Ekonomi Negeri, Jaga Kebajikan Rakyat – Saarani

LENGGONG, 15 Dis – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata Belanjawan 2021 Perak akan dibentangkan berasaskan kepada apa yang telah dibincang sebelum ini di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Menurut beliau jika ada penambahan dan sebagainya ia akan dilaksanakan menerusi ‘supplementary’ bajet namun buat masa ini apa yang terkandung di dalam Bajet 2021 Perak […]

» Read more

Dasar, Idea Dan Kecerdikan Baru Untuk Jayakan Malaysia Lebih Maju – Mohamad

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan apa yang diperlukan oleh bangsa Melayu bukan lagi gagasan baharu tetapi pencerahan tentang jalan bagaimana bangsa Melayu itu akan jadi lebih baik dan maju. Katanya, mungkin yang diperlukan oleh Malaysia itu bukan lagi perikatan politik demi perikatan politik tetapi dasar, idea dan kecerdikan baru untuk menjayakan Malaysia […]

» Read more

Marilah Bekerja Bersama Saya… Bergerak Ke Depan Demi Rakyat Perak – Saarani

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad mengajak semua pihak untuk bersama-sama bergerak ke depan dengan melihat secara menyeluruh dan bekerja secara berpasukan demi kepentingan dan kebajikan rakyat Perak. Menurutnya, tanpa sokongan serta dokongan daripada pelbagai pihak sudah pasti beliau tidak mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai peneraju negeri dan tugas yang dipikul pada hari […]

» Read more

Rundingan Agihan Kerusi UMNO, BN Hampir Selesai – Annuar

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Rundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 antara UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN), telah selesai hampir 90 peratus. Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa berkata tiga pusingan rundingan telah dilakukan di bawah Jawatankuasa Rundingan, diketuai Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung perkara berkenaan. Beliau berkata UMNO juga telah mengadakan dua rundingan […]

» Read more

Nafi Sekeras-kerasnya Tandangan SD, Teguh Kepada Pendirian UMNO/BN – Nizar

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau adalah antara 10 Ahli Parlimen UMNO yang telah membuat akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Tegasnya, beliau tidak pernah menandatangani sebarang akuan bersumpah dan tetap teguh kepada pendirian UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Saya menafikan sekeras-kerasnya […]

» Read more

i-Sinar KWSP: Kriteria/Syarat Pengeluaran Harus Dimansuhkan Sepenuhnya – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bertegas agar kriteria atau syarat bagi pengeluaran dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Sinar haruslah dimansuhkan sepenuhnya. Kata ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ini adalah supaya ahli yang berada dalam kesusahan dan memerlukan akses kepada simpanan mereka dibenarkan untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000 dalam tempoh masa yang […]

» Read more

SD Sokong Anwar: Mohamad Alamin Nafi Tandatangan, Timbang Sudut Perundangan

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menafikan dakwaan telah menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan niat menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Katanya, sebagai peguam, beliau faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat. “Justeru, saya ingin menyatakan bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim […]

» Read more
1 1,425 1,426 1,427 1,428 1,429 2,084