Dasar, Idea Dan Kecerdikan Baru Untuk Jayakan Malaysia Lebih Maju – Mohamad

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan apa yang diperlukan oleh bangsa Melayu bukan lagi gagasan baharu tetapi pencerahan tentang jalan bagaimana bangsa Melayu itu akan jadi lebih baik dan maju.

Katanya, mungkin yang diperlukan oleh Malaysia itu bukan lagi perikatan politik demi perikatan politik tetapi dasar, idea dan kecerdikan baru untuk menjayakan Malaysia yang maju.

“Hamka pernah berpesan, “Orang berakal hidup untuk masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri”. Malaysia sangat memerlukan mereka yang sebegini untuk tanahair ini.

“Mungkin tiba masanya kita tutupkan riwayat lama, bukakan lembaran baru. Baik hentikan termenung gundah gulana kerana apalah gunanya lama terharu.

“Akhirnya, cerita hari kemarin telah berlalu dan ceritanya sudah pun diceritakan. Hari ini, benih-benih baru tumbuh. Demikian juga Malaysia, ia perlukan benih dan inspirasi baru,” ujar Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam satu kenyataan.

Ulas Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, telah sepuluh bulan berlalu semenjak UMNO menyokong pembentukan kerajaan baru, politik bangsa Melayu dan Malaysia terus berantakan.

“Rakyat kebanyakan telah sangat bosan, muak dan jelik dengan pelbagai kenyataan, perlakuan dan pertembungan ahli politk bangsa Melayu terutamanya.

“Semua ini tidak menguntungkan bangsa. Semua ini meletakkan kedudukan bangsa Melayu pada kedudukan yang lemah dan tanpa haluan yang jelas,” tegasnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.