Perkuatkan UMNO, Untung Nasib Rakyat Hanya Terbela Apabila Parti Kuat – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 2 Jan – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyeru anggota parti untuk perkuatkan UMNO kerana untung nasib rakyat akan terbela apabila parti kuat. Katanya, ahli-ahli UMNO perlu utamakan perjuangan dan bukan perjuangan diri yang didahulukan. “Kepercayaan harus berjalan dua hala. Keyakinan dalam perjuangan adalah faktor kekuatan. Tidak ada jalan singkat dalam perjuangan, semuanya melalui liku-liku […]

» Read more

Keretapi Berkelajuan Tinggi Yang Tidak Ke Mana… – Zahida

KUALA LUMPUR, 2 Jan – “Sudah-sudahlah berdendam dan tumpukan segala usaha untuk memulihan ekonomi negara yang sangat tenat sekarang.” Demikian luah Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yang kesal dengan penamatan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. Katanya, Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menandatangani perjanjian dengan Singapura pada Disember 2016 untuk membina bersama […]

» Read more

Perwakilan UMNO Diingatkan Tidak Abai SOP Perangi COVID-19, Kita Jaga Kita – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali lagi mengingatkan para perwakilan UMNO yang melaksanakan mesyuarat Bahagian untuk tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19. Katanya, anggota parti perlu pastikan semua mesyuarat perwakilan akan ikut SOP yang ditetapkan. “Kita tidak mahu ada berlaku ‘kluster UMNO’ wujud di mana jua. Mestilah dielakkan dan sentiasalah berwaspada. […]

» Read more

HSR Batal: Hilang Peluang Lonjak Ekonomi Malaysia

JOHOR BAHRU – Malaysia dan Johor khususnya hilang peluang untuk melonjakkan pembangunan ekonomi apabila Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura dibatalkan. Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek HSR ini sangat dialu-alukan khususnya di negeri ini kerana membuka peluang kepada kerajaan negeri untuk menjadi penyumbang ekonomi utama kepada negara. Katanya, kawasan bandar di sepanjang jajaran projek […]

» Read more

PKPP Dilanjutkan Mulai Hari Ini Hingga 31 Mac 2021 – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dilanjutkan lagi mulai hari ini hingga 31 Mac depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati peningkatan ketara kes COVID-19 masih berlaku di seluruh negara dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi. “Perintah ini telah […]

» Read more

Mesyuarat UMNO Medan Muhasabah Terpenting, Angkat Institusi Parti – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mesyuarat perwakilan UMNO bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan Perlembagaan tetapi merupakan medan muhasabah terpenting parti bagi merencanakan startegi dan mengangkat institusi parti. Katanya, tahun ini UMNO bersidang bukan lagi sebagai pembangkang tapi menjadi sebahagian dari kerajaan akibat daripada runtuhnya rejim Pakatan Harapan yang bergolak […]

» Read more

Azam 2021: UMNO Garis Pendekatan Pro-Rakyat – Shahril

2020 merupakan tahun yang amat mencabar untuk rakyat, negara mahupun parti UMNO dalam segenap sudut. Mendengar perutusan khas Presiden UMNO sebentar tadi, beliau menggariskan beberapa pendekatan pro-rakyat yang beliau mahu UMNO ambil, khususnya dalam keadaan ekonomi dan politik mencabar. Timbalan Presiden juga menulis perkara serupa – mengingatkan kita bahawa 2021 mesti memberi fokus kepada vaksinasi dan pemulihan ekonomi – dan […]

» Read more

Harungi Tahun 2021 Dengan Semangat Kerja Yang Lebih Tinggi – Norliza

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim mengajak semua pihak untuk sama-sama mengharungi tahun 2021 dengan semangat kerja yang lebih tinggi dan cara kerja yang lebih baik berbanding sebelum ini. Katanya, tahun 2020 merupakan sebuah perjalanan yang penuh dengan cabaran. “Suatu tahun yang kita mendepani dengan penuh kesabaran, ketabahan, kepayahan walaupun ada […]

» Read more

Memasuki Tahun 2021 Zahid Ajak Pemimpin Angkat Politik Matang Demi Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak parti-parti politik dan kepimpinannya untuk bersama-sama memikirkan pendekatan terbaik dalam memacu ekonomi serta mencipta pekerjaan selain memeriahkan landskap perniagaan termasuklah mengurangkan kos sara hidup dan membantu rakyat menghadapi tekanan kewangan. Dalam perutusannya sempena kedatangan tahun 2021, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, UMNO […]

» Read more

2021: Kerajaan Diharap Tumpu Vaksinasi, Pemulihan Ekonomi Dan Buka Sempadan – Mohamad

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar kerajaan hari ini memberikan fokus serta tumpuan terhadap dua perkara penting pada tahun baharu 2021 untuk kepentingan negara dan seluruh rakyat. Dalam perutusannya sempena tahun baharu 2021, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata pertamanya adalah vaksinasi untuk rakyat Malaysia serta menyegerakan pemulihan […]

» Read more
1 1,416 1,417 1,418 1,419 1,420 2,085